Nuffnang Ad

Wednesday, 21 March 2018

Al-Fatihah buat Ayah tersayang

 Ketika entry ini ditulis, tanpa disedar air mata kembali menitik lagi .......


Minta maaf tidak bersiaran agak lama. Pada 12 Februari yang lepas, saya telah kehilangan ayah yang sangat saya sayangi dan hormati. Pemergiannya yang tiada tanda, perginya seara tiba-tiba amatlah mengejutkan kami sekeluarga.


Ayah secara tiba-tiba terjatuh dalam bilik, we all semua berkumpul dan pihak paramedik menegasahkan Ayah telah pergi sewaktu azan Mahgrib berkumandang di surau Jalan I. Perginya Ayah dengan sangat mudah, tidak menyusahkan mana-mana pihak dan Alhamdulillah semua anak-anak, memantu dan cucu ada bersamanya ketika itu.

Berita mula tersebar di FB dan juga media sosial yang lain dan ramai yang datang menjenguk dan ziarah tak putus-putus sampailah ke pagi.

 Kawan-kawan politik Ayah pun ramai yang datang melawat juga

 Even Dato' Najib pun datang juga


Pukul 8am, 13/3 jenazah Ayah dibawa ke Masjid Al-Hidayah Taman Melawati untuk dimandi dan disembahyangkan. Disana pun Tengku Mahkota Pahang dan MB Pahang menunggu untuk sama-sama untuk sembahyangkan jenazah Ayah.

Urusan pengemubian Ayah berjalan dengan lancar, orang masih ramai lagi yang menziarah, walaupun hari agak panas di Tanah Perkuburan Klang Gate.

Pemberita menenuramah Ibu, dan Ibu nampak sangat tenang dan juga tabah menghadapi peristiwa ini.


Ayah
Yong ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayah kerana membesarkan Yong, menyekolahkan Yong, bagi Yong semangat dan tunjuk ajar selama ini. Ayah banyak membantu Yong bila diperlukan. Ayah pernah bercakap “Ayah takkan biarkan anak-anak Ayah susah”

Ayah
Tugas Ayah sebagai pemimpin bukan lah satu tugas yang mudah. Kami sekeluarga kena berkongsi Ayah dengan rakyat Ayah. Ayah bekerja demi mereka. Ayah tak mahu anak-anak melibatkan diri dengan politik kerana Ayah rasa anak-anak tak boleh bekerja mcmana Ayah dengan rakyatnya. Kami sekeluarga dah biasa bila Ayah lebihkan rakyat Ayah, dan kami hanya menyokong Ayah dari belakang. Kami tetap menyokong apa jua yang Ayah lakukan demi rakyat Ayah walaupun kami terpaksa berkongsi.

Semalam dan hari ini tidak putus-putus kawan-kawan Ayah dari bidang politik, Myipo, Felcra, Yayasan Felda, serta orang-orang Kuantan yang datang berbas-bas untuk melawat Ayah buat kali yang terakhir. Ada yang kita kenal, ada yang tidak kenal. Semua cakap “Arwah seorang yang baik, kuat bekerja, selalu tolong kami masa kami susah”

Dato’ Najib, Uncle Zahid, Dato’ Mahadzir Khalid, Hishamuddin, Dahlan, Noh Omar, Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Sharir, Tun Khalil Yaacob, kerabat diraja Pahang dan Tengku Mahkota Pahang turut datang dan semuanya bersedih dengan pemergian Ayah.

Beberapa minggu sebelum Ayah pergi meninggalkan kami semua, Ayah sering mengadu letih, tak cukup rehat tapi masih kuat memikirkan program Ayah.

Yong akan menjaga keluarga kita, Yong akan jaga Ibu sebagaimana Ayah menjaga Ibu dan kami adik beradik selama ini. Ayah inginkan anak-anak menjadi yang terbaik di dalam kehidupan. Insyallah Ayah, semua itu akan kami usahakan. 

Ayah pesan dengan Pegawai Khas Ayah, Isnin minta kosongkan semua program sebab Ayah nak berehat.

Rehatlah Ayah, terlalu lama menabur jasa untuk rakyat semua.

TIADA SIAPA PUN YANG DAPAT MENGGANTIKAN AYAH 

No comments:

Post a Comment