Nuffnang Ad

Wednesday 7 February 2018

Graduation Ceremony


Cerita bulan 11, tapi masih segar di ingatan. 25 November 2017, sekolah Danish mengadakan Majlis Graduasi dan juga Anugerah Kecemerlangan untuk para pelajarnya. Majlis dibuat di Hotel Primeira, Jalan TAR. So we all pagi dah kena hantar Danish dulu untuk rehearsal di hotel berkenaan. Then dalam pukul 1pm nak menghantar Ryan pua yang terlibat dalam persembahan.

Dalam pukul 630pm macam tu, I dah ready dah bersiap-siap semua, tak bermake up mana pun, just light aje.

Sampai aje, Koir Darjah 6 dah mula ambil tempat, mujurlah table we all tu nampak la Danish kalau tak jenuh juga nak bangun tercari-cari. We all duduk table no 1, so depan and hujung sekali.

Simple table decor, and makanan pun sedap juga.

Doorgift merupakan minyak atar, sesuai dengan tema majlis, Islam itu Indah

Di malam yang sama juga, team bola Danish mengadakan malam apresiasi juga khas buat semua player. Danish antara player yang tercalon untuk Player of the Year tetapi hanya menjadi calon sahaja, bukan pemenang.

Darjah 6 mengadakan persembahan teater, puaslah cari mana satu la watak yang Danish pegang, tak kelip mata mencarinya tapi still tak jumpa.

La, rupanya hanya menjadi bahagian props sahaja, tukang angkat barang-barang. Patutlah tak nampak atas pentas untuk buat persembahan.

Bila nama terpampang di screen, terkenang jugalah kepayahan Danish struggle untuk his UPSR dan bila mendapat result yang tidak dijangka, satu kejayaan buat Danish.

Bersama dengan cikgu favouritenya, Tr Suhada, guru BM yang tak putus-putus memberikan kata-kata nasihat dan juga semangat untuk Danish.

Tahniah dari Mummy diatas tamatnya Darjah 6 dan juga memperolehi result yanf sangat membanggakan.

Daddy pun turut sama merasa kegembiraannya walaupun banyak berkorban masa dan juga tenaga untuk mengajar dan mengambil Danish ke sekolah, even sama-sama temankan Danish sepanjang exam UPSR.

We're so proud of you, Danish Imran 

As for Ryan, berseronok di belakang stage after buat persembahan, so happy la dapat main dengan kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment