Nuffnang Ad

Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Monday, 31 October 2016

Musim bola tiba lagi

Salam bercuti kepada yang masih bercuti lagi.  I pun bercuti bersama anak-anak lagi so kita enjoylah 2 hari cuti extra ni kan. Tapi taklah pergi mana-mana pun cos sekolah aje yang cuti, tapi Daddy Jack masih kerja. Duduk rumah ajelah, the boys pun masih belum habis exam lagi.

Musim bola tiba lagi, penuh mamak semua dengan screen besar tayangkan game secara live. Kadang-kadang aje we all tengok diluar, kalau tak tengok di rumah ajelah, sambil bersorak macam nak runtuh rumah dibuatnya.

Season bola anak-anak pun November ni habis dah, so bolehlah berehat-rehat di waktu hujung minggu.

Lama tak pekena mee bandung Muar sedap di Melawati ni, asyik lupa memanjang. Nanti nak pergi cubalah bila teringat. Esok pun boleh lagi nih.

Semalam ada live game Piala Malaysia, Kedah vs Selangor. Penuh kedai mamak dengan penyokong kuat dua-dua team. Bingit dengan jeritan sana sini. Betullah orang kata, sukan ni dapat menyatukan semua masyarakat di Malaysia, tak kiralah sukan apa pun, asal ada live sure ramai berkumpul. Syabas, Malaysians !!!!

Friday, 3 May 2013

Warna-warni pilihanraya

Balik Malaysia dikala tengah hangat untuk pilihanraya, permandangan pada 5 tahun yang lalu tapi tahun ini sengit rasanya, bukan sahaja kempen melalui rumah ke rumah di Facebook pun sibuk orabng berkempen entah apa-apa tah, sampaikan rasa bosan tengok FB sekarang ni, ada aje newsfeed psl politik sana-sini. Keyboard warrior pun sama banyak jugak, tak tahu mana yang betul, auta atau fakta. Pedulik !!!

Bendera pelbagai parti politik merata-rata, di atas bukit, tepi jalan raya, penuh dengan bendera. Ada tu sampai ke tiang letrik diletaknya.


 Ada yang creative, membuat pelbagai replika dengan menggunakan bendera parti masing-masing

  
Ayuh Malaysia, pilihlah dengan tepat. Pikirkan masa deoan anak-anak kita yang akan membesar, berikan merek apa yang kita alami dulu dan kini. Memang ada pro and kontranya tapi kita jadikan Malaysia ini negara yang aman damai, minta dijauhkan dari unsur-unsur yang negatif. Sedih tengok kita sesama kita berbalah sesama atas kepentingan politik. Jangan taksub sangat, pikirkan masa depan negara dan kita semua. Selamat mengundi rakyat Malaysia !
 

Tuesday, 31 August 2010

53th tahun umurnya

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"

Kita sebagai rakyat Malaysia sudah pasti punya peranan masing-masing mencorak perjalanan sejarah negara tercinta. Setidaknya kita berperanan mencorak Malaysia Baru untuk generasi mendatang - generasi anak cucu kita! Usah lagi berpeluk tubuh! HAPPY 53th MERDEKA DAY, MALAYSIA