Nuffnang Ad

Showing posts with label mother's day. Show all posts
Showing posts with label mother's day. Show all posts

Monday, 9 June 2014

Mother's Day

Mother's Day yang lepas tak dak celebrate mcm di Adelaide dulu, just lepak-lepak ajelah. Jenuh dah terima hadiah macam-macam dulu. As usual, pagi adalah hari menemankan anak di tepi padang bola.

 Tapi hari tu nasib menyebelahi Danish bila score hat-trick untuk Mummy.

Tapi, tak bermaknalah tak ada celebration walaupun hanya bawa makan di luar kan. Kali ni memang rehat habis sampaikan nak ambil gambar makanan pun ada yang tolong ambilkan.

 Panas terik kat luar tu sedap juga bila dapat makan Es Teler

Balik from lunch, semua buat aktiviti masing-masing. Now, drawing activity kena buat seminggu sekali, untuk build up their creativity skills.

Petang sikit terasa nak berjalan ke KLCC, tak ada apa-apa pun cumanya rasa terkuap duduk dalam rumah tu aje.

Dah memalam tu tak lalu la nak makan yang berat-berat so makan satay ajelah kat Madam Kwan.

Kalau ke Madam Kwan tak sah la kalau tak makan pisang goreng dengan ice cream ni.

Sesekali Mummy la keluarkan duit untuk belanja the boys dan Daddy Jack pulak. Asyik Daddy Jack yang belanja, mana tahan kan. Boots for boys and new gadget for Daddy. 

Monday, 20 May 2013

Mothers Day celebration

Seperti tahun lepas, my Mothers Day celebration pagi-pagi lagi disambut di padang bola. Plan pagi tu semuanya tak menjadi. Kononnya nak bangun untuk ke Sunday Market tapi bila tengok hari hujan so tak jadi, tidur balik. Tergolek-golek atas katil till 8am and teringat jomlah breakfast kat luar dulu sebelum off to padang at 9am, so we all pun keluar breakfast kejap. Dah sampai coffee house, tengah tunggu our drinks sekali Coach Danish call tanya datang ke tak? Rupanya game start pukul 845am, apa lagi bergegas lah bungkus semua and terus ke padang. Mujur padang tak jauh mana sangat pun. Malu aje rasa sebab selalu we all orang pertama yang sampai ke padang tapi kali ni we all yang paling lambat. Aishhhh !!!

Kesian tengok the players semua main bola dalam lecak dan padang yang licin. Adelaide dah start hujan so cuaca agak sejuklah sikit. Tapi mujurlah masa hari tu its almost sunny so taklah terasa sejuk sgt.

Danish berjaya menjaringkan gol untuk his team. So perlawanan berakhiran seri 1-1 buat dua-dua team. I guess its the best mother's day present for us.

Sempena sambutan Mother's Day ni, all the soccer moms berkumpul after games then ada small surprise celebration from Coach Micheal and the fathers. Adalah cakes and a few cookies for all of us. I thought nak belikan bouquet of flowers to all the mothers tapi tak sempat sebab keluar pagi sangat.

Budak ni merajuk sebab tak boleh nak bergambar sekali. Dia team lain, lagipun masih bercuti sebab nak betul-betul sembuh sblm games bermula.

 Happy Mother's Day to soccer moms

Games habis around 10am but after the celebration, lebih kurang 1030am mcm tu baru we all bergerak keluar from the stadium. The boys taknak balik, nak berjalan-jalan dulu so we all menuju ke Tea Tree Plaza. Sampai aje TTP, ada lagi 10 minit baru nak buka so duduk lepak dululah kejap.

Dah makan and jalan-jalan pusing TTP so dlm pukul 2 tu we all balik cos petang nanti ada meeting with AJK MyPSA pulak so nak kena prepare apa yang patutu untuk dibawa. Singgah kejap kedai cake untuk beli cake to celebrate Mother's Day bersama family pulak.

 Tahun ni celebration agak lain sikit, siap ada bouquet of flower lagi. 

Hadiah pun tahun ni ada kelainan, dah beberapa tahun asyik dapat handbags aje so kali ni dapat coffee machine, glossy lipsticks from Victoria's Secret yang secretly dibeli oleh Danish dan Daddy Jack masa di KLIA, Ryan punya gift I yang pilihkan...hand and foot spa from The Body Shop. Ada juga frame magnet yang Danish beli di sekolah for me. Okaylah, kali ni sessi menjaga kecantikan pulaklah. Handbags pun dah tak pakai dah pun. Terima kasih to the boys for this lovel presents. Tak semestinya kena tunggu Mother's Day baru nak bagi hadiah, boleh aje bila-bila dapat hadiah, kan.