Nuffnang Ad

Thursday, 19 June 2008

Day 03 - Shopping at Sarikin

Nie hari terakhir we all kat Kuching nie. Daddy Jack dah ckp ngan aku, kalau pegi Sarawak, tak best kalau tak pegi Sarikin nie..tempat shopping kat sempadan Indon..banyak barang-barang murah...kalau tak ader driver, mmg we all tak pegi sebabnya perjalanan die dlm masa 1 jam lebih. So, bila ader Winston, apa lagi, bolehlah pegi. Bangun dlm kul 630 pagi..kesian Danish..matanya terpisat-pisat bila bangun..bila tanya nak pegi mana, we all ckp pegi jalan, laju aje bangun. We all tak sempat nak breakfast banyak-banyak..just ambik yang ringan-ringan aje sebabnya Winston akan datang dalam kul 7am.

Dalam perjalanan tu, Danish sambung tido balik..kesian die. Bila sampai kat Sarikin tu..die pun still tido lagi...mmg penat tullah.

Masa we all sampai kat sini, orang pun tak ramai lagi...so kedai nyer pun mcm baru bukak aje..mmg sempadan Indon pun. Kebanyakan peniaga kat sini Indon mari. So, kepada sesiapa yang nak datang sini, disarankan jgn bawak beg besar-besar takut kena ragut plak kalau masa org tgh ramai. Pasar nie dibuka hujung minggu sahaja...Sabtu dan Ahad. Banyak jugaklah barang-barang yangdijual disini antaranya kain ela, telekung , periuk belangan dan barangan cenderamata.


Nie la Winston, yang berbaju biru tu. Die nie org Iban tapi rupanya dah lama masuk Islam. Nama Islamnya Azman tapi dah biasa ngan nama Winston so guna la nama itu sahaja.

Kedai pertama yang we all singgah adalah kedai kain nie. Nampak ader jual kain lace yang mmg cantik. So, nak belikan la untuk Ibu. Kat sini mmg boleh tawar menawar. Teetiba nampak plak kain ela untuk diberikan kepada makcik2 ku. So, we all spend tak sampai pun RM200 kat sini...mmg tak percaya beb.

Danish yang masih tak bangun lagi. Senang la sikit we all nak shopping.


Tetiba nampak plak kedai telekung and tetiba teringat plak kat our maids kat umah tu. Dulu they all ader ckp, nak beli telekung so singgfah la kejap. Mmg lawa la telekung Indon nie. Siap sulam-sulam lagi and laos bukan hanya warna putih, ada tu warna krim la, pink la dan mcm-mcm lagi la. Aku beli 3 pasang telekung untuk 2 orang maid ku dan jugak untuk Bibik makcik ku.

Tudung nie plak ku beli untuk diberikan kepada saudara-mara ku jugak. Alah, tudung ala-ala maknya Si Nabilah Mutiara Hati tu..yang jenis sarung aje kat kepala. Ibu pun suka gak tudung nie, senang nak pegi pasar ke, Giant ker, tak payah nak carik ikat-ikat, sarung aje kat kepala then terus kuar. Harganya pun mmg membeliakkan mata la...satu helai dlm RM5, so aku borong la dlm 20 helai dapatlah RM2 sehelai..mmg berbaloi.

Danish dah bangun dah. So, we spent about 2 hours jugaklah kat sini. Daripada tak nak membeli, last2 penut tangan nak membawaknya. Daddy Jack pun pening la kepala nak packing nnt.

1 comment:

  1. mmg best shopping kat sarikin.dah dpt peluang ngaja kat srwk ni,leh la slalu g sarikin

    ReplyDelete