Setiap hari Sabtu, Daddy Jack akan keluar pegi beli newspaper seawal pukul 7 pagi. Normally paper hari Sabtu nie agak tebal sikitlah. Konsep lebih kurang sama macam The Star.
Memula nak tengok weather dulu. Cuaca kat dalam suratkhabar nie biasanya agak tepatlah so kalau-kalau nak basuh kain ker atau nak basah apa-apa pun, kena tgk ramalan cuaca dulu. Kalau okay, baru basuh, kalau tak tunggulah hari yang okay sikit.
We all tak sempat nak buat inspection kat rumah-rumah sewa di section nie sebabnya we all dapat rumah sewa thru Ayu, jiran sebelah rumah nie. Pada those yang buat inspection rumah, mmg penat la nak buat inspection, then nak kena sediakan macam-macam documents dan lain-lain lagi.
Ada jugak page untuk attraction dalam minggu tu, normally on weekends la like Car Boot Sale, Sunday Market dll lagi. So far, we all macam dah jemu jugaklah pegi CarBoot Sale nie. Tunggu sesiapa family atau saudara mara from Malaysia yang datang sini, then baru nak pegi la.
All info ada dalam this newspaper, even waktu ketibaan pengangkutan like airlines and trains pun ada dalam nie.
Even bank darah pun ada buat notis nakkan bekalan darah. Siap ada carta mana satu darah yang cukup supply atau tak.
As for me, bila Daddy Jack beli newspaper, I will ambik this section...Garage Sales, See the colourful section ? Tu yang highlightkan, mana untuk hari Sabtu dan mana untuk Ahad...Giler, kan. Sekarang nie, kalau garage sales, we all pergi yang dekat-dekat ngan rumah aje, kalau yang jauh-jauh tu tak payah la, mcm membuang masa aje.
waktu dulu kat melb pon, kitaorg selalu beli paper hari rabu & hari ahad.tapi kami selalu beli Herald Sun.
ReplyDeleteSini cuma ada The Advertiser and The Australian sahaja
ReplyDelete