Nuffnang Ad

Sunday, 21 November 2010

Kelas memasak

Hujung minggu dipenuh dengan melawat my geng terdekat, sambil boleh makan-makan, sembang-sembang tak kurang juga boleh berkongsi resepi dan juga masakan masing-masing. I teringin sangat nak membuat karipap, salah satu kelemahannya tak pandai nak mengelim. Kebetulan pulak, Kak Azie ada kena membuat karipap, tempahan from Abang Azul's friend. Tanya jugak Kak Azie, boleh tak nak belajar..so Kak Azie kata datang ajelah, nanti die tolong ajarkan..wooo hoooo !!!!

So far, inti karipap nie I dah reti buat masa kat rumah Kak Ima hari tu, buat murtabak guna inti macam karipap..so settle satu masalah ler, cuma tak tahu nak membancuh tepung dan yang paling tough sekali untuk mengelim karipap tu. Ibu ada hantar acuan karipap,,heheheheh masih tak gunakannya. Janji lepas belajar dengan Kak Azie nie, nak buat karipap sendiri.

Anak dara Kak Azie, mmg suka bab-bab masuk dapur nie especially bila Kak Azie do her baking stuffs, mmg die pun nak turut serta. Even Kak Azie ada sediakan his cooking material sendiri so tak perlu kacau yang Kak Azie punya. Bila die tahu yang Kak Azie nak buat karipap, apa lagi, tari kerusi ler die nak jugak membantu apa yang patut.

Anak dan Mama bergabung tenaga untuk membuat karipap. I masih failed la tang mengelim tu, tak aper, nanti pelan-pelan, I buat karipap and cuba kelim sendiri yer. Kalau dalam masa terdekat nie, pakai acuan dulu la.

Nie la hasil karipap Kak Azie..sedap sangat. Sekejap aje..tup-tup dah siap. Kak Azie memang terror bab masak memasak nie. Silap-silap balik Malaysia nanti, boleh bukak kedai makan la.

Tak cukup dengan karipap, dijamunya pula kami sekeluarga dengan apam balik. Gigih betullah Kak Azie nak membuatnya. Kami pulak yang segan, dahlah datang masih redah aje, siap dijamu macam-macam lagi.

Kak Azie dah pernah buat apam balik dulu, so die janji nak bagi rasa. Kak Azie memang rajin bila bab-bab masak nie, semua masakan menjadi dengan tangannya. Terliur tgk gambar makanan kat FBnya.

Apam balik hasil air tangan Kak Azie yang dikongsi bersama kami sambil minum petang. Nantilah I pikirkan apa pulak nak menjamu Kak Azie untuk minum petang di rumah kami pula.

6 comments:

  1. good one... tak payah dah pergi pasar malam beli apam balik...

    ReplyDelete
  2. Mmg seronok kalau dapat jamu org makan ni Gina. Rasa bahagia.

    ReplyDelete
  3. Kty pun lama gler,x buat karipap.

    ReplyDelete
  4. wau... post la kt penang ni pn gina... nak jugak rase... by the way nk address pn gina kt adelaide bole??

    ReplyDelete
  5. takde la pandai sangat... setakat untuk makan dengan famili je...

    ReplyDelete
  6. seronokan...dah lama nak belajar buat karipap... tak gak jadik jadik.. :(

    ReplyDelete