Nuffnang Ad

Tuesday, 9 November 2010

Tahniah...Puan in the Making

Ni kali kedua I mendapat undangan ke majlis perkahwinan di Adelaide. Walaupun tak dapat menghadirkan diri, namun tanda ingatan itu amatlah dihargai. Kali nie undangan perkahwinan datangnya dari my officemate, Adlene.

Pic credit to Ezza Arif

Tahniah Ad...sorry Kak Gina sekeluarga tak dapat menghadirkan diri di hari yang bermakna bagi diri Ad. Selamat menjalani hidup sebagai seorang isteri yang mithali dan juga kehidupan yang baru. Kak Gina mendoakan kebahagian anda berdua. Apa-apa pun you're still Abah's little girl.

Pic credit to Hyzry Fahmee

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

2 comments:

  1. selamat pengantin baru utk ad..

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Gina!
    I love you.

    :)

    ReplyDelete