Sabtu adalah hari yang sedih..sedih sangat-sangat bila my good neighbour and friend, Ayu and Man telah kembali ke Malaysia for good, so Man pulang, insyallah akan bergelar Dr Nor Azman tidak lama lagi. I decided to do some makan-makan before ke airport. So, mee bandung as a brunch la kiranya.
Surah and family akan turut menghantar ke airport, tapi they all lepas dulu rumah, sambil brunch sama-sama. Okaylah tu, sambil tu anak-anak bolehlah main dulu.
We all pergi awal, sebab membawa barang-barang Man and Ayu yang tak muat kereta. Yer la, dah namanya balik for good, kan, sure ada banyak barang nak dibawa balik Malaysia. Make sure tak ada benda yang tinggal....
Sementara menunggu untuk check-in, berborak antara satu sama lain, lepas nie dah tak adalah Daddy Jack teman nak bersembang dengan member sebelah. Actually, ada dua orang yang balik for good, satu Man & Ayu, and sorang lagi is Sani, yang tgh berbual dengan Daddy Jack.
Sementara menunggu Daddy Jack membantu tolak troli Man, anak-anak bergelimpangan main di Lobby area. Nasib baiklah we all pilih tempat yang agak jauh dari orang ramai, kalau tak, sure ramai yang tak selesa dengan suara pekikan anak-anak kami.
After menunggu lama, we decided nak masuk dululah, so lagi luas tempat mainan budak-budak nie, lagipun Daddy Jack ada nak membeli hadiah for Man and Ayu, banyak tolong kami, dari mula kami sampai sampailah mereka nak balik.
Hmmm, kesianlah kita lepas nie yer, dah tak ada lagi teman nak berbual di kala kebosanan melanda..and Insyallah, bulan 2 nanti akan ada pengganti, ada orang Malaysia yang akan sampai, and die terus ambik rumah Man..so welcome, new neighbour.
Terima kasih Ayu, diatas layanan yang sungguh baik terhadap kami sekeluarga...terima kasih banyak-banyak sebab Ayu and Man lah kami dapat mencari rumah, tanpa perlu membuat inspection yang memenatkan..terima kasih juga sebab ada juga kawan Danish and Ryan bermain-main dengan Ukail...terima kasih juga dengan tunjuk ajar di dalam membeli barang-barang groceries, mana nak cari, kedai mana, semuanya Ayu and Man tahu..terima kasih juga di atas pemberian makanan yang sedap-sedap, sepanjang bulan puasa lepas...terima kasih di atas segala-galanya.
Antara orang terawal yang bertunggu tangga di airport, masa brunch, Kak Azie and family tak join sebabnya pi Harbourtown, cari barang untuk kawannya, udahnya untuk kawan tak ada, tapi tersangkut pulak untuk diri sendiri..hehehehh.
Antara yang sempat menghantar Man..nie semuanya rakan-rakan budak bujang Man yang datang. Om (yang Mat Salleh) pun ada jugak. Om nie dah macam pangkat atuklah kepada budak-budak bujang nie, even masa Man dah nak balik, berlinang air mata die, sedih bila Man bersalam dengannya.
Batch yang terakhir sampai. 2 perempuan, sorang berbaju putih and berselendang merah tu, baru sebulan melahirkan anaknya. Efa and Su, kebetulan mereka nie rapat dengan Aiyu, so gagahkan juga diri untuk menghantar Aiyu di airport.
Bergambar kenangan bersama Aiyu..hmmm masa nie I okay lagi, taklah rasa sedih sebab ada member yang nak borak-borak.
Kak Azie cakap, Aqil ada tanya, bila die nak dapat adik..hmmm okaylah tu kak, cepat-cepat la mengandung...harapnya adalah harapan dapat anak made in Aussie..as for me, cukuplah 2 hero, kedai pun dah tutup..tak larat.
Sessi bersalam-salaman..masa nie dah start sedih but I tried agar tak menangis, malulah..tapi sebak tu adalah jugak..9 bulan kami berjiran, kalau setakat pindah rumah, okaylah lagi, nie balik terus..tak akan jumpa lagi di Adelaide nie dah.
Selamat kembali ke Malaysia, Ayu and Man..selamat memulakan hidup baru di Terengganu. Kalau ada kelapangan, insyallah, kami akan melawat di Terengganu, taklah jauh from kuantan, kan..bolehlah makan keropok losong yang sungguh sedap tu..hmmmmm, alamak terliur pulak bila teringat keropok lekor.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan..takpe .nanti leh jumpa lagi insyallah
ReplyDeletelepas ni Gina akan dapat jiran baru la yer...takpe, nanti leh jumpa balik waktu kat Mesia..
ReplyDelete