Nuffnang Ad

Friday, 10 January 2014

Baking class

Masa mula-mula balik Malaysia dulu, sempatlah I join class baking under Kak Yani. Kelas yang bermula pada pukul 10 pagi dah habis around 5pm tu memang best.

Kak Yani dulu merupakan seorang lawyer untuk salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, tapi kerana kekangan kerja dan juga komitmen kepada keluarga so Kak Yani pun berhenti kerja dan mencuba her interest yang sekian lama dipendam. Alhamdulillah, sekarang Kak Yani mmg bertambah popular di kalangan bakers.

Untuk kelas itu, we all belajar cara membuat rainbow cake, red velvet dan juga Congo Bars.

Kelas seramai 20 orang, so ada berbagai-bagai profession antaranya ada yang akauntan, suri rumahtangga, bakers malahan ada juga yang saja nak belajar. Baguslah menambah ilmu.

 Congo bars resepi Kak Yani yang sangat-sangat sedap

Kak Yani banyak berkongsi tips dan juga teknik-teknik yang betul untuk meletakkan butercream pada cake.

Kak Yani terkenal dengan Salted Caramel cakenya serta congo bars dan juga her victorian sandwich cake yang sangat-sangat sedap.

We all buat hand on sendiri so satu cake dalam 5 pelajar and macam-macam jenis warna bila sessi buat rainbow cake, siap ada yang buat ombre lagi.

Then break kejap for Zuhur then we all lunch kat Bangi kopitiam ramai-ramai, sangat havoc dibuatnya.

Rajin betul Kak Yani buat Victoria Sandwich cake untuk dimakan ramai-ramai dalam kelas.

Ohh selama ni I dok balutkan cake I guna buttercream dengan cara yang salah, so banyaklah teknik baru yang dipelajari disini.

Dah siap semua cake, masing-masing impressed dengan hasil kerja kumpulan masing-masing.

Masing-masing pun bergegas la keluarkan segala gadget yang ada untuk ambil gambar kek, dari pelbagai angle dan juga teknik, then apa lagi upload kat FB dan juga IG sendiri.

 Kak Yani pun tak ketinggalan juga

 Untuk simpanan, kata Kak Yani

Pelbagai jenis rupa red velvet dan juga raindow cake hasil kreativiti pelajar-pelajar Kak Yani.

My group punya rainbow cake

Inilah hasil kek-kek yang I belajar pada hari itu

 Red Velvet my group sebelum dipotong

Dan ini, my rainbow cake...teringin pulak la nak makan cake ni, kena buka kotak nak cari mixer ni.
 

7 comments:

  1. Cantik & nampak sedap sangat kek tu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum boleh xsy dptkn no contect nombor kak yani...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akak, blh xbgi sy contcet no kak yani

    ReplyDelete
  4. saya pon nak contact no k.yani....plzz whatapps sy 0122264473.TQ

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Boleh Saya dapatkan no Kak Yani. No Saya 0122876225

    ReplyDelete
  6. i nak no. kak Yani boleh? my no. 0122876225

    ReplyDelete