Nuffnang Ad

Tuesday 27 January 2015

The Flavourist

Lamanya tak berjalan-jalan sekitar Jalan TAR, rasanya dalam setahun hanya 2 kali aje berkunjung ke sini, samada raya ataupun musim cuti sekolah untuk membeli persiapan barangan sekolah. We all ni semenjak anak-anak nak masuk sekolah, ke Jalan TAR la membuat persiapan. Keluar seawal jam 9am, then sampai terus menyinggah dulu mana-mana yang patut. Alhamdulillah, taklah ramai mana orang waktu ni.

Dah settle serba sedikit, perut pun mulalah terasa lapar, so singgah makan di Insaf kejap la kan. Restoran yang wajib dikunjungi kalau ke Jalan TAR ni, tapi tak bolehlah pergi selalu, kang keluar terus insaf seinsafnya.

Selalu I akan order nasi beriani dan juga ayam madu aje, tapi since anak-anak request nak ayam goreng biasa aje. Jus tembikai and mangga adalah diantara minuman wajib juga.

Orang cakap, Kamdar ni bermacam-macam jenis warna baju sekolah ada, so we all pun singgah kejap untuk membeli baju sekolah the boys. Ada dijual di kedai buku tapi terlalu besar untuk Ryan so kat sini adalah pulak saiz yang ngam-ngam dengan Ryan.
 
Then, singgah pulak Minerva untuk mencari buku-buku latihan sekolah untuk anak-anak buat ulangkaji.

Dah settle semua hal, petang tu we all berdua lepak kejap di cafe tersorok yang baru dijumpai di area Melawati, The Flavourist. Cool konsep, macam ala-ala tak siap aje kafenya but nice environment untuk melepak.

Cafe yang baru beroperasi beberapa bulan ini dah memang best. Cakes pun dah banyak even tak lama lagi nak set up their own bakery.

Di samping menjual coffee and cakes, ada satu section juga yang menjual rempat ratus. Antaranya rempah gulai cap bunga ros yang famous di Terengganu ni so nanti tak perlulah bersusah payah  kirim pada kawan di sana, beli kat sini aje senang.

 Pertama kali pergi, terus jatuh cinta dengan cafe ini.

Susun atur meja pun sangat simple, the deco pun taklah serabut sangat dengan pelbagai hiasan.

Mencuba soto, not so bad juga. Ada juga beberapa pastries tapi soto ni nampak lebih menyelerakan pulak.

Organic section, so tak perlulah nak pergi AEON Big untuk organic products, singgah beli kat sini ajelah. Ada berjenis-jenis makan organik disini, tapi belum berkesempatan nak membeli lagi sebab stok dirumah ada lagi.
 

1 comment:

  1. saya pon dah lama giler tak gi jalan TAR.. xsanggup nak harung jem dengan anak kecik nan lasak hehehe

    ReplyDelete