Nuffnang Ad

Sunday, 1 February 2015

Time's off, kejap

Minggu terakhir cuti sekolah yang lepas, barulah we all berkesempatan untuk berjalan-jalan after daddy Jack dapat cuti hujung tahun tu. Kebetulan pula sepupunya akan berkahwin so jalan ke JB la kita.

Bertolak seawal pagi cos nak breakfast di satu tempat yang sedap, kata Daddy Jack. I layankan aje, bab-bab makan memang suka sangat.

Singgah kejap la nak menyegarkan mata ni dengan a cuppa coffee, dahlah nak jalan jauh, kalau mata ngantuk kesian pulak pada Daddy Jack yang bawa kereta sorang-sorang tu.

Hazelnut Latte menjadi pilihan hari itu. 

Meneruskan perjalanan lagi, sepanjang perjalanan cuaca agak mendung dan hujan aje, dari mula bertolak sampailah nak sampai JB. Ada kalanya hujan renyai-renyai, adakalanya hujan turun dengan lebat juga.


Adalah beberapa accident di dalam keadaan jalan yang licin serta hujan lebat tu...

Pukul 10 dah mula terasa lapar, so kita pun berhenti untuk sarapan pagi. Plan asalnya nak singgah makan di RnR Machap tetapi Daddy Jack mengubah fikiran untuk makan di satu tempat yang agak jauh sedikit.

Singgah makan breakfast di Muar, Daddy Jack nak perkenalkan mee bandung Muar yang famous tu pada anak-anak dia.

Jalan-jalan ke tempat makan, terserempak pulak dengan kedai yang menjual pelbagai jenis rempah ratus ni, bertambah juling la bijik mata I dibuatnya bila tengokkan ada berjenis-jenis rempah disini.

Ada berbagai jenis rempah kering untuk bermacam-macam jenis lauk ada disediakan disini, beli timbang aje untuk menyenangkan kerja didapur.
 Ni pun I beli juga, teh bunga dan juga green tea, untuk kurus katanya

Borong jugaklah a few rempah ratus yang macam jarang dijumpa di KL tu, tapi masaknya belum pastilah bila kan. Mujur tak balik Adelaide, kalau tak macam-macam jenis nak diangkutnya.

Rupanya orang Muor makan satay pagi-pagi as breakfast, barulah we all tahu.

 Mee Rebus dan Soto memang terbaik disini. Tempat makan yang we all pergi ni terletak di depan bus stand, tak ingatlah pulak apa nama kedainya. Insyallah, lain kali kami berkunjung lagi.

1 comment:

  1. besnyer pepagi dh jumpe satay. alangkah baik nyer klu kl pun ada satay pepagi nie kan kak... tp kedai rempah tu mmg bes la tuk org yg pndi masak like u.

    ReplyDelete