Nuffnang Ad

Tuesday, 3 February 2015

Kenduri menanti

Sampai JB, keadaan masih mendung lagi. So we all mencari tempat makan dulu, lama sangat duduk dalam kereta, lapar tak terkata. Singgah Pizza Hut ajelah untuk alas perut sebelum malam mencari tempat makan yang lain pula.

Kali ni we all mencuba KSL Hotel pula, cos nak mencuba their main attraction, The Dino Land. Bilik pun luas, katil pun selesa.

Hujan lagi, sampai Ibu pesan..kalau hujan tak henti better balik KL cepat-cepat takut terkandas dalam banjir nanti. 

The Dino Land, lebih kurang macam hotel di Melaka yang we all stay dulu. Tak ramai orang cos mungkin hujan so ramai yang tak mandi hanya kami sekeluarga aje yang sanggup meredah hujan nak main disini.


 Lepas bermandi manda, mencuba ke gym pula. Sempat la ber treadmill 10km.

Malam masing-masing sepakat nak tapau ajelah, malas nak keluar jauh-jauh untuk makan cos hari pun hujan aje. After a few pilihan, Susuhi King menjadi pilihan untuk makan malam kami.

 Ni mak punya portion, segala lambakan sushi menjadi pilihan.

Breakfast di hotel adalah saat yang paling ditunggu-tunggu especially if ada egg section. Best sangat, sanggup beratur untuk dapatkan omelette ataupun scrambled egg.

Dah siap breakfast, bersiap pula untuk ke majlis kenduri kahwin sepupu Daddy Jack di English College. Kenalah berpakaian lengkap baju Melayu, ikut hati, pakai ajelah baju casual, panas melekit badan dibuatnya.

Wedding yang meriah ramai tetamu, berbaju cantik-cantik semuanya

Dessert bar, sedap kuih muihnya. Mujur we all datang awal, so dapatlah merasa banyak jenis kuih muih yang sedap-sedap.

Nampak jambu asam boi tu macam sedap, tapi I tak makan asam-asam ni, so hanya jadi deco untuk bergambar ajelah.
 

1 comment:

  1. macam best jer Dino Land tu.. nanti boleh cuba

    ReplyDelete