Nuffnang Ad

Thursday, 5 February 2015

Semi Final AFF Suzuki Cup Malaysia vs Vietnam

Baru terhegeh-hegeh nak upload and bercerita benda yang dah lama dalam drafts box tu, padahal musim bolanya dah habis dah pun.


Daddy Jack dah berjanji dengan anak-anak dia, if Malaysia main kat home, nak angkut anak-anaknya untuk tengok bola kat stadium. So, we all beli tiket online then kena ambil di Stadium Shah Alam. Pagi-pagi lah keluar, sampai terus pergi breakfast dulu, takut lama, perut pun lapar.

Ingatkan kena beratur panjang, tak perlu pun. Dalam masa 5 minit, settle  semuanya.

Jumpa kawan disini yang minta belikan tiket. Tiket dia lagi panjang, untuk kawan-kawannya malahan ada juga yang untuk kawannya yang dari Sarawak.

Lepas ambil tiket tu, kita pun pusing-pusing la sekitar stadium melihat para peniaga berniaga beberapa merchandise dan jersey Harimau Malaya.

Masing-masing sibuk memporomosikan gerai masing-masing walaupun benda yang dijual kebanyakan sama aje.

Dah dapat masing-masing yang berkenan di hati, cepat-cepat la kita balik. Panas berdenting sampai rasa terbakar kulit dah.


Sementara tunggu Daddy Jack membeli barang lain, kita posing dululah depan stadium ni.

On the way balik rumah, singgah kejap di Mid Valley nak mencari beberapa barangan dulu. Biasalah kalau ke Mid Valley ni mencari parking aje makan masa beberapa minit sebabnya terlalu ramai orang.

Singgah dulu di Toys R US, hmmmm kat sini I malas nak layan, sure mencari toys ajelah bebudak ni bersama-sama dengan Daddynya.

Lunch at Chilli's. Perut ni kenyang lagi so kita makan yang light ajelah sementara nak tunggu dinner masak dirumah aje.

Our must have dessert di Chilli's. Chocolate Molten Cake. Alamak, terasa  nak makan la Chillis.

2 comments:

  1. Dah lama tak g chillis.. tetibe tgkni teringat

    ReplyDelete
  2. Chillis tu halal x?

    ReplyDelete