Nuffnang Ad

Monday, 24 April 2017

Lepak

Hari tu we all renew our passport cos hujung bulan ni nak bercuti so tempat terdekat adalah di Keramat Mall, so tengahari tu siap-siap semua pergi. Sementara menunggu, kebetulan pula kat sini ada public library so join kejap daripada duduk saja.

On the way balik, menyinggah kejap NZ, pekena sup ayam di kala hujan lebat petng-petang. I sempat membeli beberapa buah buku kebetulan ada offer jualan buku kat Keramat Mall tadi.

Danish pun ada beli a few book juga, so bacaan sebelum tidur.

Esoknya sementara menunggu Daddy basuh kereta, we all mepeka kejap di Starbucks sambil minum Iced Latted dan juga makan Chocolate Roll. I memang suka sangat dengan Starbucks punya Choc Roll, lembut and sedap.

Hasil tangkapan buku-buku yang dibeli di Keramat Mall hari tu, semua buku-buku santai aje. Tak berapa nak baca novel-novel cos bacaan tu memerlukan konsentrasi yang tinggi. Kalau baca sekerat-sekerat, tak ada feel.

I-K-E-A


Cuti-cuti la nak pekena roti canai di kedai mamak di area rumah ni. Kalau hari biasa jarang dapat nak makan roti canai mamak pagi-pagi ni.

Dah kenyang makan roti canai, baru lah boleh berfikir apa rancangan seterusnya. Disebabkan beberapa hari ni terbaca dalam FB kedai ikan yang terviral di FB sekitar area Taman Melawati, TT Fish Mart yang katanya murah and segar. Disebabkan viral so ramai la yang datang kan. 

Terjumpa pula ikan Garfish ni. Selalu makan di Adelaide dulu, beli sampai berkilo-kilo then goreng garing-garing sambil makan dengan sambal belacan. Sedap sangat-sangat. Ini baru kali pertama jumpa di KL ni.

Petang-petang sikit baru bergerak ke IKEA, lama dah tak jenguk IKEA ni, ini pun sebab my MIL nak pergi, kalau tak memang jarang dah jenguk IKEA ni. Kali ni kita pergi di Cheras la, senang and dekt sikit.

Banyak new items ada, tapi design agak simple

Dah halfway, baru terasa lapar so berpecah la kita semua...mencari tempat duduk dan juga beratur beli makanan. Tapi syok bila beef ribs tu ada balik after sekian lama tunggu.

Ingin mencari frame gambar untuk koleksi gambar anak-anak di tapi tak teringat plak saiz gambarnya besar mana.

Hajat kononnya tak nak membeli udahnya penuh juga trolley dibuatnya

Sedap aje nampak sweet cookies ni tapi Daddy Jack jeling aje bila I cakap nak beli, sebab dia tahu nanti sure I akan makan macam makan nasi pastu komplen gemuk...gemuk.

Sunday, 16 April 2017

Sunday Funday


Hari Ahad adalah hari malas memasak, so pagi sebelum pergi bola kenalah pergi mamak dulu pekena roti canai sekeping dengan teh tarik kurang manis satu.

Then, sejam di padang bola, sambil berborak-borak dulu dengan member yang ada sementara memantikan habis training. Nak pusing padang pukul 10 tu dah panas dah, so agak malas la.

Kalau rajin masak la nasi untuk tengahari tu, tapi kalau malas, buat one pot meal ajelah, lambak kan semua macaroni, minced meat and sos bolognese, letak sayur sedikit jadilah Italian Soup so boleh makan sampai malam dengan garlic bread aje. Senang betuk keje weekend macam ni.

Thursday, 13 April 2017

DMK Shoe Brand For Style

For the widest collection of shoes online you can count on DMK to have all the shoes you can shop for. Shoes are like a girl’s best friend so it’s not just all about diamonds. 

                                                      

                                                    


Plus, shoe trends go in and out of style so you’ll want to keep yourself up to date at all times. From heels to sneakers, women’s shoe styles vary every now and then. Depending on your comfort level, you can switch from all types as long as you have the shoes. So, what kind of shoe are you?     


                                     




If you like to look polished and elegant at all times, heels are the shoes for you. DMK heels offer comfort and style all in one. From different heights such as kitten heels, high heels and wedge heels there’s a different kind for every comfort level and occasion. Kitten and low heels from DMK can be worn for work whereas high heels and wedges can be worn for special occasions like parties and events.


For those who simply don’t enjoy wearing heels, choose DMK flats or sandals. You can’t wear sandals to work but you can wear flats like loafers instead. Choose neutral colours so you can pair them easily on and off work. Buckle details and bow ribbons make DMK flats a stylish accessory to complete any outfit. Flats are definitely a good choice for lazy days and when you don’t feel like dressing up to much. It helps give a girl next door style.


From heels to flats, your shoe collection will always need a new pair every season. What better way to have a big shoe collection than by adding more shoes? Be practical and functional with DMK shoes today.




Monday, 10 April 2017

Wangsa Walk

Hujung minggu lepas Danish terlibat dalam kem morivasi anjuran pihak sekolah di Melaka so tinggallah we all 3 beranak sahaja. Bertiga ni semua rasa malas, nak masak pun sama so kita habiskan masa makan di luar sahajalah jawabnya. Mall yang dekat dengan rumah adalah Wangsa Walk so kita lepak sini, sambil tengok kelas muzik for Ryan juga.

Lama betul tak makan pasta, so beli sos botol dan juga beberapa jenis pasta. Masak nya entah bila tapi manalah tahu, bosan makan nasi masak ajelah pasta.

Balik, menyinggah pula ke NZ, makan roti canai untuk sesi malam pula.

Bila Danish dah balik, barulah meriah rumah dengan pergaduhan di kala bermain LEGO. Kalau tak tu, senyap aje rumah, tak ada pun hingat bingar suara bergaduh, berebut remote dan sebagainya.

Monday, 3 April 2017

Wakil MSSD

Sepanjang bulan Mac and April ni banyak sangat aktiviti sukan melibatkan MSSD. Danish antara yang terpilih untuk mewakili sekolah bgi acara Olahraga dan sekarang ni sibuk buat persiapan untuk Bola Baling pula. Masa sesi latihan Olahraga, I menunggu sampai 530pm kat sekolah buat training di padang sekolah.

2-3 hari sebelum kejohanan, sempat buat latihan di trek padang UIA. Dalam pukul 4 cikgu bawa ke padang, so I tunggu sampai habis latihan. Nak jogging sekali, tak bawah baju sukan pulak.

So far nampak macam okay aje latihan yang cikgu berikan, cumanya kena usaha lebih sikitlah untuk mendapat tempat di kejohanan nanti.

Pagi sebelum ke kejohanan, make sure makan kena berkhasiat. Buatkan scrambled egg dan juga telur goreng untuk dimakan dengan roti pagi tu. minum Milo untuk energy juga.

Daddy Jack yang temankan Danish pagi itu. I busy, ada kelas so tak sempat nak jenguk pun. Daddy Jack yang tunggu sampai Danish qualified ke semi.

Padang pagi tu lecak pulak, so tak tahulah mcmana berselutnya kasut dibawa balik petang tu. Jenuh nak menyentalnya.


Antara clip larian Danish yang sempat Daddy Jack ambil. Tak menyangka jadi juara masa ni, ingatkan dapat no 2. Tapi Danish hanya sampai ke semi final sahaja, mungkin dah tak larat sebab larian bermula pukul 2, so badan pun dah agak letih sebab berkumpul dari pagi.

Sunday, 2 April 2017

District 21

Pertama kali menjejakkan diri ke District 21 cos ada team  building di sana bersama rakan sekerja. Sampai-sampai seawal pagi terus mencari kedai makan for breakfast dulu.

Selalu dengar cerita aje, kali ni dah sampai dah pun. Macam jakun la juga tengok the interior, boleh ke tak buat semua aktiviti ni.

I bab ketinggian memang tahap dewa punya penakutnya. Tahun lepas pergi Skytrex, tahap nak muntah bila buat semua aktiviti, tapi bila dah selsesai...leganya.

Setengah hari aje disini, lepas tu semua boleh bersantai-santai, mana yang belum puas main, main sampai lebam.

Nanti nak bawa the boys datang ke sini, try buat aktiviti lasak jugak. Tunggu Danish habis UPSR la kut, baru boleh enjoy and relax sikit. Sekarang ni semua tengah busy dengan aktiviti bola, sukan dan juga extra class.