Nuffnang Ad

Showing posts with label Corelle. Show all posts
Showing posts with label Corelle. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Koleksi berharga ku



Sesi membuka kotak yang sampai beberapa bulan yang lepas telahpun selesai. We all pun dah punggah dan pilih mana barang yang nak pakai dulu, then yang nak pakai kemudian. Buka kotak, nampak barang yang berbubblewrap tu tahu dah apa isinya. Macam Daddy Jack cakap, ni rumah bukan tahap banglo lagi dah ni, kena beli muzium terus. yer, memang tak dinafikan nearly 70% barang-barang kaca like Vision, Corningware dan juga Corelle yang I bawa balik, tak kiralah yang beli baru ataupun jumpa di Sunday Market. Ni pun gambar yang lama, sebelum punggah and balut masuk kotak.

Koleksi coffee perculator Corning yang menjadi pujaan semua kawan-kawan di Adelaide ni, dapat satu pun dah mcm tak tidur malam dibuatnya. 

Selain coffee perculators, banyak juga jumpa teaport macam ni, dari 4 cups sampailah yang 6 cups. Da abeberapa jenis bunga yang dah jumpa. Pernah dapat satu teko dengan harga 50 cent ataupun RM2 satu.
 
Antara koleksi pinggan mangkuk yang disimpan dan dikumpul selama ini. Dah nak dekat akhir-akhir nak balik, jumpalah beberapa ketul lagi sampaikan naik pengsan nak membalutnya.
 


Cawan pun ada juga yang dijumpa, tapi selalunya tanpa piring
 
Entah kenapa, I suka sangat mengumpul mug Corelle ni, yang jenis porcelin, tak suka jenis yang stoneware sebabnya berat sangat. Alhamdulillah, berkat 3 tahun duduk Adelaide, dapatlah mengumpul nearly 300 bijik mug corning ni.
 
Nasib yang sangat baik bila pergi Sunday Market bila ada satu ketika tu geng-geng yang selalu pi SM ni  pi jalan-jalan ke Adelaide Hills so dapatlah keajaiban yang tak disangka-sangka ini.

Kadang-kadang tu if bernasib baik, dapatlah jumpa set tea Portmeirion ni. I jumpa set ini sahaja, lepas tu terus tak jumpa. Ada dah PM kat Adelaide, kononnya dulu plan nak beli the dinnerset tapi bila dah ke hulu hilir mengemas barang, udahnya terlupa nak beli.

Wednesday, 17 July 2013

1,000,000 and give away

This is a sticky mode entry, please scrool for the latest entry

My blog will hit 1,000, 000 this week. After 5 years of blogging tak sangka boleh nak cecah sampai 1 juta ni. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini.


Seperti yang dijanjikan dulu, I will give away Corelle for those yang dapat capture 1,000,000 hits ini dan emailkan kepada saya di gina_manan@yahoo.com. Corelle ini akan diberikan bila saya balik Malaysia sekitar September nanti yer. Terima kasih.

Saturday, 29 June 2013

Salvos

Salvos is like mcm secondhand shop, people donate to Salvos then pihak Salvos akan menjual balik for donation to help mereka yang tidak berkemampuan. For those yang tak mahu beli barang barang-barang mcm perabut, pinggan mangkuk ataupun baju-baju sejuk boleh aje cari di Salvos dengan harga yang berpatutan. Dulu we all sesekali aje ke Salvos ni sebab Daddy Jack kadang-kadang during the weekdays agak sibuk dengan hal di Uni tapi sekarang ni bila dah masuk fasa-fasa akhir ada banyaklah masa boleh ajak ke Salvos ni.

Kalau bernasib baik, dapatlah set pinggan Corelle sampai 42 pieces dengan hanya AUD15 sahaja !!!

Ataupun sebakul cawan Corelle ni

Terkejut juga bila satu hari ke Salvos tengok ada jual rehal, dahlah diletakkan dalam keadaan terbalik so I pun belilah sebab nampak elok sangat and diperbuat dari kayu pulak tu.
 

Saturday, 7 July 2012

Provincial Blue

Weekend makan di rumah my sister in law. Mkana nasi lemak yang super duper sedap sangat. Sambal tumisnya mmg sedap, terasa nak bawa balik Adelaide la nanti.

Tambah sedap bila makan atas koleksi Corelle Provincial Blue. Nampak cantik juga, tapi Daddy Jack tak berkenan sangat sebab dulu mmg hampir-hampir nak beli di Melbourne. Huhuhuhu udahnya bertukar kepada Shadow Iris.

Tapi, ada pulak terjumpa koleksi Provincial Blue nie kat GS, jadilah. Guna yang second hand punya, habis dah Daddy Jack tak berkenan.

Thursday, 17 May 2012

Aktiviti Mingguan


Setiap hari Sabtu dan Ahad, aktiviti mingguan I adalah pergi garage sale ataupun ke Sunday Market. Kalau pergi Garage Sale dan Sunday Market, Daddy Jack suka keluar seawal pagi. Katanya nak dapat barang elok kenalah keluar awal. Dulu memang membantah sebab malas nak bangun awal, tapi ada betulnya juga kata Daddy Jack tu. Dek kerana bila berkumpul dengan my Adelaide's gang yang asyik dok bercerita aje pasal Corning nie, so keinginan untuk mencarinya di Garage sale ataupun Sunday Market semakin membuak-buaklah walaupun adakalanya Daddy Jack kata pattern tu macam zaman mak die dulu tapi disebabkan nilainya itu yang murah giler, so tersangkutlah juga kegilaan mengumpulnya ini. Like this Spices 5L ni, I dapat hanya AUD10 sahaja.

Kalau ada rezeki dan hari yang elok, dapatlah mengangkut sekotak Corningware di Sunday Market.

Corningware tu I dapat hanya AUD15 untuk tiga-tiga, manakala Tupperware dan juga Pyrex tu hanya AUD1 sahaja. Tak percaya...well, kenalah percaya yer.

Kalau ke Garage Sale pulak, mata terpandangkan teko 6 cups ni di atas meja, terus pi pegang cepat-cepat takut nnt ada orang lain yang cop dulu pulak. Kalau tak silap, I dapat teko nie dalam AUD4 sahaja.

Pencapaian terbaik I,,,hahahaha siap ada pencapaian, kan teko Spices nie jarang sekali jumpa 10cups hanya AUD6 sahaja.

Dulu, I selalu mengeluh dengan my Adelaide's gang, asyik dapat Corning aje, jarangnya nak jumpa Corelle so pi Garage Sale, merasalah jumpa Corelle banyak nie tapi bila balik rumah, banyak yang kena buang sebab sumbing.

Sabtu lepas, pi Garage Sale selang sebuah dari rumah I nie, masuk dalam garage rumahnya, tengok bawah meja adalah sebiji Corning 5L nie. I dah ada bunga nie, 5L juga tapi ada one of my Adelaide's gang nak buat sistem barter so okay ajelah kan.

Dapat pinggan Arcopal nie, 19 pieces hanya 20sen sebiji. Okaylah nak jamu my Adelaide's gang datang rumah makan jenis yang berkuah macam mee bandung atau mee sup, kan.

Kesian Uncle nie, dahlah baru buka meja kat Sunday Market bila I nampak Corning kat sini, terus beli. Tak dan nak set up meja die pun. Tak apalah, murah rezeki Uncle, ni kan sebab I first customer die.

Cantik lagi Corning nie, masih ada kotaknya lagi. Ramai my Adelaide's gang tak suka yang putih sebabnya mcm tak ada pattern. I belasah aje sebab janji Corning, kan. Kalau rasa tak cantik, boleh ajelah lanting kat sesiapa yang berminat.

4 pieces koleksi French White yang hanya dapat dengan harga AUD20 sahaja. A good bargain.

Udahnya, Uncle tu bagi 3 biji pinggan Corelle yang patternnya tak diketahui ni free aje. Bila tanya lagi, itu aje yang tinggal..hahahaha. Dah dibagi free tu banyak songeh pulak yer.

Monday, 6 February 2012

Untuk mummy

Hmm, cuba cari barang tersembunyi kat sini, nampak tak? Cuba muka mata luas-luas untuk cari barang tersembunyi ataupun apa yang pelik dalam gambar nie...hehehehhe.

Daddy Jack belikan I Ipod nie untuk kegunaan I melayari internet tanpa menggunakan handphone. Dia rimas bila tengok I asyik charge aje my handphone sebab dok gunakan handphone untuk surf the net especially Facebook. So die kata, phone hanya untuk call atau sms sahaja, so gunakan Ipod nie untuk surf the net sahaja. Huhuhuh, tapi sekarang nie udahnya I kena juga pakai handphone cos dah berebut pulak dengan anak-anak. Hai, dah ada Ipad, Ipod pun berebut jugak.

Masa Boxing Day lepas, I kan tak ada di sini, balik Malaysia so Daddy Jack pergi angkut set corelle ini untuk menambah koleksi yang sedia ada. I thought akan sekotak dua, tak sangkalah sebanyak ini kotaknya. Nanti balik Malaysia, I ajak siapa-siapa yang sudi datang makan atas pinggan Corelle I yer...hehehehehehe.