Nuffnang Ad

Thursday, 17 May 2012

Aktiviti Mingguan


Setiap hari Sabtu dan Ahad, aktiviti mingguan I adalah pergi garage sale ataupun ke Sunday Market. Kalau pergi Garage Sale dan Sunday Market, Daddy Jack suka keluar seawal pagi. Katanya nak dapat barang elok kenalah keluar awal. Dulu memang membantah sebab malas nak bangun awal, tapi ada betulnya juga kata Daddy Jack tu. Dek kerana bila berkumpul dengan my Adelaide's gang yang asyik dok bercerita aje pasal Corning nie, so keinginan untuk mencarinya di Garage sale ataupun Sunday Market semakin membuak-buaklah walaupun adakalanya Daddy Jack kata pattern tu macam zaman mak die dulu tapi disebabkan nilainya itu yang murah giler, so tersangkutlah juga kegilaan mengumpulnya ini. Like this Spices 5L ni, I dapat hanya AUD10 sahaja.

Kalau ada rezeki dan hari yang elok, dapatlah mengangkut sekotak Corningware di Sunday Market.

Corningware tu I dapat hanya AUD15 untuk tiga-tiga, manakala Tupperware dan juga Pyrex tu hanya AUD1 sahaja. Tak percaya...well, kenalah percaya yer.

Kalau ke Garage Sale pulak, mata terpandangkan teko 6 cups ni di atas meja, terus pi pegang cepat-cepat takut nnt ada orang lain yang cop dulu pulak. Kalau tak silap, I dapat teko nie dalam AUD4 sahaja.

Pencapaian terbaik I,,,hahahaha siap ada pencapaian, kan teko Spices nie jarang sekali jumpa 10cups hanya AUD6 sahaja.

Dulu, I selalu mengeluh dengan my Adelaide's gang, asyik dapat Corning aje, jarangnya nak jumpa Corelle so pi Garage Sale, merasalah jumpa Corelle banyak nie tapi bila balik rumah, banyak yang kena buang sebab sumbing.

Sabtu lepas, pi Garage Sale selang sebuah dari rumah I nie, masuk dalam garage rumahnya, tengok bawah meja adalah sebiji Corning 5L nie. I dah ada bunga nie, 5L juga tapi ada one of my Adelaide's gang nak buat sistem barter so okay ajelah kan.

Dapat pinggan Arcopal nie, 19 pieces hanya 20sen sebiji. Okaylah nak jamu my Adelaide's gang datang rumah makan jenis yang berkuah macam mee bandung atau mee sup, kan.

Kesian Uncle nie, dahlah baru buka meja kat Sunday Market bila I nampak Corning kat sini, terus beli. Tak dan nak set up meja die pun. Tak apalah, murah rezeki Uncle, ni kan sebab I first customer die.

Cantik lagi Corning nie, masih ada kotaknya lagi. Ramai my Adelaide's gang tak suka yang putih sebabnya mcm tak ada pattern. I belasah aje sebab janji Corning, kan. Kalau rasa tak cantik, boleh ajelah lanting kat sesiapa yang berminat.

4 pieces koleksi French White yang hanya dapat dengan harga AUD20 sahaja. A good bargain.

Udahnya, Uncle tu bagi 3 biji pinggan Corelle yang patternnya tak diketahui ni free aje. Bila tanya lagi, itu aje yang tinggal..hahahaha. Dah dibagi free tu banyak songeh pulak yer.

2 comments:

  1. kty suka yang teko tu cantik..

    ReplyDelete
  2. Hai Gina
    Hari tu ada tinggalkan comment kat blog you tapi maybe you tak perasan kot, boleh I minta email address nak tanya if tak keberatan boleh ke belikan Corningware or Corelle sets.. I pun suka, tapi sebab mahal sangat kat Malaysia..

    ReplyDelete