Dah namanya anak, kan..so macam-macam perangai mereka bila kita yang besarkan mereka. Ada masanya boleh bergelak ketawa, ada masanya kena jerit pekik. Selagi suara I tak tinggi, masa tu la depa buat perangai. Ada masanya Danish sakat Ryan, ada masanya Ryan pulak menyakat Danish. Kalau cuti sekolah, lagilah high pitch suara I dibuatnya, kalah Mariah Carey gamaknya. As for Danish, suka betul kalau ajak makan luar. Paling gemar dapat makan kedai Uncle Azamnya. Semangat sungguh habiskan sepinggan nasi dan juga ayam goreng.
Asal ada game bola, tak kisahlah di Malaysia atau di Adelaide nie tak mahu juga ketinggalan. Dah minatnya kan, nak buat mcmana lagi. I just give my fully support ajelah.
Ryan paling mencabar...ohhhh satu hari rasanya tak sebut nama Ryan memang tak sah rasanya. Bangun pagi dahlah awal, nak susu pastu nak suruh I baring sekali sebab nak meraba aje kerjanya. Iskhhh, tak ada idea dah mcm mana nak hentikan his bad habit nie, malu kalau terbawa-bawa depan org nanti. Pastu nak tukarkan nappies dan baju pun kena jerit juga. Sekarang nie, mulutnya dah pandai cakap sekejap, ataupun nanti..lagilah lambat.
Bahagian rambut memang tak boleh nak sentuh langsung, mmg tak dibanginya. Nak sikat rambut pun sampai kena pegang kuat-kuat. Rambut Ryan, kalau tak bersikat memang teruk sebab dah bersimpul. Tapi sekarang nie, bila mandi aje I cuba trim sikit sebab nampak dah mcm perempuan pula. Ryan pun agak picky jugak psl makan nie, nasi pun susah nak habiskan sepinggan tapi kalau pasta atau mee mmg laju aje dia makan tapi nak lah juga biasakan die makan nasi, kan sebab dah anak Melayu.
uit..gerun baca serangan cik ti tu..
ReplyDeletemesti banyak kenangan kat rumah tu ..xpelah..better dr kena serangan cik ti ...
Mamasuri
ReplyDeleteMemang banyak kenangan di rumah tu, kenangan masa mak saya dan juga arwah sepupu saya dtg kat situ