Selasa lepas, kami dikejutkan dengan kecederaan yang menimpa anak Kak Azie, Aqil yang merupakan best friend Danish dan Ryan. Kecederaan akibat tolakan yang dibuat oleh rakan sekelasnya yang menjadikan tulang clavicle nya patah. Kesian Aqil, sampaikan tak boleh melakukan aktiviti lasak selama 3 minggu dan menjadikan Kak Azie dan Abang Azul phobia untuk membenarkan Aqil main bola lagi after this. Masa kami melawat Aqil, nampak sangat muka Kak Azie lain sangat, muka sedih dan juga keresahan memikirkan nasib Aqil. mujurlah ada Doktor Pakar Tulang dari Malaysia disini so dapatlah mengurangkan kerisauan kepada Mama and Papa Aqil.
Kami sekeluarga mendoakan agar Aqil dapat sihat dan cergas seperti sedia kala semula. Nampak lain sangat Aqil masa kami pergi melawatnya, bila terbaring aje. Selalu, bila kami sampai di rumah mereka, Aqillah yang bukakan pintu and terus ajak Danish and Ryan masuk dalam bilik nak main and kalau hari elok sikit, siap ajak main bola di belakang rumah. Kami sama-sama doakan Aqil yer. Be strong, boy.
No comments:
Post a Comment