Nuffnang Ad

Friday, 25 May 2012

Loxton Historical Village

Phewww, after nearly 3 hours of journey, sampai juga we all ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan menunju ke Loxton nie, bayangkan tiada satu kereta pun yang ada, sampaikan I tanya Daddy Jack, manalah you nak bawa kami anak-beranak nie. Loxton nie taklah besar mana, just a small town even the community tak besar, but the peoples sangat baik.

Daddy Jack nak bawa anak-anak die mengenal sejaran sikit. So, Loxton Historical Village menjadi tempat tujuna kami. Cuaca agak muram sikit tapi we all redah aje. Taklah lebat sangat. Tempat nie pun tak ramai pengunjungnya so seronoklah the boys berlari sana-sini. Bayaran masuk dikenakan, so sesiapa yang nak datang sini, kena bawa cash sebab tak ada EFTPos didalamnya. We all mmg tak cukup cash masa nie so kena keluar pi bank kejap.

Loxton Historical Village nie pernah memenangi beberapa award di South Australia, terletak ditepi sungai Riverland, dan bersebelahan dengan pekan Loxton. Perkampungan ini adalah satu tinggalan memori, pengalaman dan barang pameran di zaman dulu. Di dalamnya ada 45 buah bangunan, setiap satunya menceritakan kisah perjuangan yang unik dan kesusahan untuk membangunan kawasan pedalaman ini.

Bangunan-bangunan dalam kawasan ini termasuk seorang kedai roti, bank, tukang besi, garaj, pencetak, menternak kompleks, kereta api, institut, sekolah, buah operasi blok dan macam-macam lagi. Setiap bangunan sepenuhnya dilengkapi dengan pameran menawan, peralatan dan memorabilia.

Setiap bangunan nie ada voice over, so bila kita melangkah aje masuk, akan ada suara dari radio yang akan menerangkan sejarah dan juga info menarik tentang sesuatu kedai tu.

Nampak lebih kurang macam bandar Cowboy aje, kan

Ada juga tempat pertukangan besi dan juga tempat membuat but untuk pekerja-pekerja ladang serta tempat kimpalan hasil besi disini.

Shed yang menempatkan peralatan perladangan macam traktor serta mesin yang digunakan di ladang.

Rumah pertama yang didirikan oleh pembuka bandar Loxton ini, William Charles Loxton.

Selain itu juga, ada juga dipamerkan barn atau kandang untuk menempatkan binatang ternakan serta tempat simpanan barang yang memerlukan suasana sejuk mcm susu dan juga daging. Yer la, zaman dulu mana ada fridge, so simpan kat bawah tanah la, kan. Masa kami datang tu, they all tak buat show cukur bulu kambing so tak dapatlah tengok.

Fire station nie mengandungi bahan pameran yang best, mcm kelengkapan untuk memadam api di zaman dahulu, kereta bomba serta pakaian ahli bomba. Fire siren akan berbunyi setiap hari pukul 12pm.

Ni garage untuk menyimpan kereta-kereta lama oleh Riverland Vintage and Classic Car Club dan digunakan untuk membaiki serta displayed kereta-kereta mereka yang unik, peralatan serta beberapa item yang berkaitan dengan industri permotoran.

We even having fun with the cut out photo booth


SA pernah dilanda banjir yang dasyhat sekitar tahun 1956. Disini ditunjukkan segala kemusnahan dan juga bagaimana banjir besar itu berlaku. Ada ditunjukkan gambar serta beberapa fakta kejadian.

Clarion Office merupakan tempat percetakan pertama di Loxton. Di dalam bangunan ini ditunjukkan mesin printing yang digunakan pada zaman itu, suratkhabar lama serta apa sahaja bahan bercetak di sini.

Di perkampungan ini juga ada ditunjukkan their first Telecom company, Electrical dan juga station radio. Then small cell untuk tahanan pun ada jugak.

Dulu perkhidmatan keretapi digunakan dengan banyaknya disini samada pengangkut penumpang ataupun barang-barang.

Gambar atas tu adalah Cotttage yang merupakan antara rumah moden yang dibuat disekitar Loxton diantara tahun 1900-1920. Sekolah pun ada juga disini, yang digunakan oleh 2 darerah di Loxton.

Rasanya kami tak habiskan 45 buah perkampungan sebabnya hari pun dah semakin mendung so takut pulak hujan lebat. Lagipun nak balik pun jauh jugak so nak sampai balik ke Adelaide kalau boleh sebelum gelap. Insyallah, ada kelapangan lain kali bolehlah berkunjung ke sini lagi.

3 comments:

  1. beshnya dpt g bandar cowboy..selalu tgk kat tv jer.

    ReplyDelete
  2. Salam Gina..
    bestnyee jalan2.. suka tgk basikal tu.. nostalgia pulak teringat basikal dulu2.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Gina..
    bestnyee jalan2.. suka tgk basikal tu.. nostalgia pulak teringat basikal dulu2.. :)

    ReplyDelete