Nuffnang Ad

Wednesday, 9 May 2012

So sad to leave you

Dah sebulan dah I pindah from our previous home. Since dah ada internet connection di rumah baru nie, barulah boleh update mcm-mcm cerita yang banyak giler tertangguhnya. After a week pindah ke rumah baru, we all kena pulangkan kunci rumah kepada landlord, Mr Rocco. Actually, sayang juga nak pindah from rumah kecil kami yang menjadi tempat teduh selama 2 tahun di Adelaide nie, tapi kena pindah sebabnya nak mengelakkan rumah menjadi serangan Cik Ti.

Our front yard, memang betul-betul berdepan dengan main road. Kesian juga the boys kalau nak main bola, takut tercampak ke jalan pula and tak mahu menanggung akibatnya.

Hall yang selalu menjadi tempat the boys main bola dalam rumah. Ruang tamu ni jarang kami gunakan kecuali bila ada tetamu datang berkunjung ke rumah ajelah. Selalunya we all melepak depan tv aje. Ataupun kalau bosan nak tengok orang lalu lalang, duduklah bersidai anak beranak kat tingkap tu. Pernah dulu during summer, punyalah bosan duduk dalam rumah, nak keluar panas sungguh kat luar tu, udahnya main kira kereta merah dan biru depan jalan tu dengan Danish dan Ryan aje. Giler bosan, kan.

Main room for 4 of us. Memang luas sangat bilik, sampaikan boleh letak double bed and also single bed. Bilik nie la tempat tengok TV bila malam walaupun reception tu kadang2 menyakitkan mata aje tapi sebab malas nak tengok yang digital punya di luar, layankan jugalah.

Dapur mini ku tapi menjadi tempat tumpangan Cik Ti juga. Entah kenapa, selama kami tinggal disini tak pernah merasa serangan Cik Ti tapi sejak tahun lepas dah beberapa kali kena, sampaikan naik geli pula. Cik Tinya memanglah tak besar, lebih kurang mcm cencorot aje tapi tak sangguplah bila dah start lalu lalang sampaikan kita pun rasa tak selesa, kan. Bila tanya jiran-jiran sebelah rupanya mereka pun ada masalah yang sama. Lepas beritahu landlord, adalah 2 kali orang Pest Control dtg letak racun but still ada lagi. Dah letak macam-macam jenis trap and setiap kali letak mesti kena, so mana boleh tahan macam tu. Tu yang we all decided kena pindah juga.

Tempat makan dan juga tempat lepak sambil tengok TV. Almari tu selalunya tempat pantry, penuh dengan segala jenis makanan samada kering ataupun jajan-jajan di dalamnya. Memang tak pernah kering dengan makanan.

Bilik ke-2 yang agak sempit. Selalunya bilik nie tak digunakan, just letak barang-barang yang nak bawa balik and letak toys aje.

Hallway nak ke toilet and bathroom

Laundry section. Kat sinilah para tetamu selalu keluar dan masuk. They all prefer gunakan pintu belakang dari guna pintu depan.

My small garden. Dapatlah menanam cili, daun kesum, serai, thyme dan juga rosemary.

Bila summer, seronoklah sidai baju sebab 10 minit aje dah kering tapi kalau winter, maunya berhari0hari nak kering, itupun masih terasa sejuknya baju-baju tu. My ampaian nie lambat sikit nak dapat cahaya mataharinya, dalam pukul 11 baru betul-betul kena.


Bila dah pindah nie, dah tak dapatlah nak ke kedai selalu kalau barang-barang dapur habis stok. I missed Foodland. Setiap Sabtu, pukul 7 pagi dah pergi beli newspaper sebab nak tengok list garage sale.

Setiap hari Jumaat adalah Market Day for Fruit&Vege di depan rumah nie. Masa tu, nampaklah all the Aussie membeli banyak sangat sayur-sayur.

I also missed the Special Board yang akan ditulis setiap hari Isnin. So, dari rumah dah tahu apa yang murah minggu tu, kalau kentang 5kg tu baru AUD3 sahaja.

Merasalah I berjiran dengan 2 orang keluarga Melayu selama nie. Lepas Hisham and Syifa pindah, adalah Japanese guy yang duduk menyewa kat rumah sebelah tapi kadang-kadang tu we all tak tahu kewujudan orang tu sebab jarang nampak die keluar rumah.

Penyewa yang terpaksa angkat kaki after 2 tahun berbakti kepada rumah kecil ini. Memang sedih nak meninggalkan rumah yang paling murah antara my Adelaide's gang tapi rasanya tak sanggup dah nak menghadapi winter nanti dengan serangan hendap dan juga lintasan Cik Ti.

2 comments:

  1. tak sabar kty nak tgk rumah baru gina..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, first time datang sini kot, mula2 nak cakap cantiknya rumah..hehe! lepas tu rasa bangga gila sebab even akak duduk tempat omputeh, haha, tapi penulisan masih dalam bahasa melayu. tiba2 saya bangga jadi anak Malaysia..hiks! Keep in touch ya!

    Love - Sepet

    ReplyDelete