Nuffnang Ad

Showing posts with label my belongings. Show all posts
Showing posts with label my belongings. Show all posts

Friday, 22 March 2013

I love my flats

Balik Malaysia lepas, dapatlah Vip invitation from Coach for early access for their end of the year sale. Dapatlah tengok pre-sale mana-mana handbags dulu. Before this, I pun dah beli handbags kan so balik ni teringin pulak nak beli kasut.

Dah ada sepasang sebelum ni, so rasa nak menambahlah pulak another pair, kan. Masa beli handbag dulu, mmg cari kasut tapi the SA cakap the shoes collection dah tak ada cos pihak new management dah tarik balik jualan kasut COACH di Malaysia ni cos ada some kontroversi regarding the pig lining. Masa tu, I pun tunjuklah my kasut lama tu samada yang itu okay atau tak, manalah tahu kan, selama ni pakai selsesa aje tahu-tahu berkulitkan babi. Lega bila SA cakap yang itu okay cos made with sintetik. Phewwwww !!!!

Masa pre-sale ni, ternampak ada jual kasut pulak, bila tanya SA di KLCC ni they all cakap ini stock kasut yang last di Malaysia, cos it fully sintetik so tak tahu bila akan ada lagi shoes collection ni. Actually I hate flat shoes, bukannya apa sebabnya kaki I ni jenis melebar, so if pakai nanti mcm agak kelakar kan. Tapi demi COACH, sanggup jugaklah beli. Hello Carson !!

SA ni sangat baik, layanan tip top. Hopefully bila I balik nanti die masih ada di KLCC

Okay, done with shopping. I ni asyiklah lupa nak buat entry how to detect the fake coach. Ramai juga orang yang bertanya. Nanti I buatkan yer.

Wednesday, 1 February 2012

hO hO hO...Santa lambat sikit tahun nie

Ramai yang tanya, apa hadiah birthday saya tahun nie, apalagi kalau bukan handbag. I kan memang gile handbag nie. Selalunya dapat Cik C tapi since birthday di Adelaide, so kenalah cari yang bersesuaian disini. Daddy Jack ada juga pesan masa balik Adelaide dulu, singgah beli Cik C di KLIA tapi I taknak sebab takut nanti Daddy Jack tak berkenan. I selalu beli handbag mesti ada die, ikut cantik pada dia, ada masanya bergaduh jugak psl handbag nie..hehehhehe. Kali nie kita cuba brand lain pulaklah, kita cuba OROTON pulak.

Masa I balik, Year end Sale masih ada lagi tapi cuma tak banyak pilihan. Ada pun yang mcm biasa aje, ke atau I dah rambang mata..entahlah yer. Lama juga dok pusing-pusing dalam kedai mencari mana satu yang sesuai di mata nie.

Decor kedai menarik, so does all the handbags, cuma makcik sorang nie tak tahu nak pilih mana satu, yang hobo, sling atau carry all, entahlah

As always, posing depan cermin sambil mengayakan handbag adalah wajib yer, hahahah. Kali nie ada model tambahan, Danish.

Beg yang kedua digayakan pula bersama si kerinting

Hati tak tahu mana satu yang ingin dipilih, masing-masing ada ciri yang tersendiri

Udahnya, nak memuaskan hari dan juga tak mahu terbawa-bawa di dalam mimpi, so kita angkutlah dua-dua sekali bersama-sama dengan walletnya juga. Hahahah, kan dah kena dah.

Thursday, 6 October 2011

New gadget

Balik Malaysia la nak beli macam-macam sebab banyak offer and bend ayang kita boleh dapat percuma. Di Adelaide, tak dapatlah kalau nak minta beg atau berapa benda secara percuma. I dah lama aim nak beli new camera. Before this dah pakai DSLR, so bila nak bawa ke sana ke maro terasa berat aje beg so nak cari yang practical sikit.

Dah lama mengidamkan nex series, sejak tengok dalam catalogue di Adelaide lagi.

Jalan-jalan di Sony Style, tengok ada offer, siap dapat macam-macam lagi. Tu yang lagi syok tu.

I berminat dengan NEX3, ada 3 colour and one of it my favourite colour, Red. Tapi, Daddy Jack mcm tak berapa berkenan, sebab katanya alang-alang nak beli, baik ambil yang elok sikit walaupun mahal. Dang !!!! musnah sudah impian ku untuk memiliki kamera merah.

Daddy Jack berminat dengan Nex5 sebab antaranya ada Full HDMI. Sekarang nie die gilakan gadget yang Full HDMI. Ni pun tengah tunggu masa aje nak angkat TV 3D sebab harga TV di Adelaide nie menggila murahnya.

So, dah pilih kamera, kenalah pilih casing pulak. I pilih the white one, yang red tu tak muat untuk my camera. Kalau tak, sure cun pakai casing warna merah. Orang semua bawa casing warna hitam aje so ada kelainan sikit kan. Terima ajelah, dah orang nak belikan, jgn banyak songeh pulak.

Wednesday, 5 October 2011

Iskh..iskh

Hadiah hari raya saya dari Daddy Jack. Sedih and terharu sebabnya walaupun tak bekerja but he still tahu minat I. Dulu masa zaman kerja, seronok beli guna duit sendiri, tapi bila tak bekerja nie, mcm segan la pulak. Daddy Jack pun tengah belajar so banyak nak guna duit untuk hidup di rantau orang. Tapi Daddy Jack cakap, kalau dah itu bahagian you, sure ada sumbernya. Alhamdulillah, syukur.

Loafer idaman, pernah berminat dengan beberapa jenama sebelum ini antaranya Hush Puppies and juga Lewre.

Before this, I masih gunakan jam Guess yang dihadiahkan sewaktu nikah dulu. Adalah juga pakai beberapa jenama jam sebelum nie. I hampir nak beli Swatch sebab rasa teringin nak pakai balik jam waktu zaman sekolah dulu, nampak funky sangat tapi Daddy Jack tak bagi sebab katanya I dah tua..huhuhuhuh sedih mendengarnya.

My new collection, kecik sikit dari handbags sebelum-sebelum nie. Daddy Jack pilih blck colour sebabnya tak pernah tengok I pakai warna hitam, balik-balik earth colour aje. Okaylah, I ikutkan aje apa yang you pilih. as long as okay di mata you, I okay aje.

Berjurulatih lagi

Some of you all kat luar tu tahukan I nie memang gilerkan COACH. I dah ada a few collection of handbags and a purse. Tahun nie aje dah 3 kali balik Malaysia, so dah beberapa kali masuk butik COACH sebab di Adelaide nie tak ada COACH, kalau adapun jenama terbaik pun setakat Nine West and also Oroton. Bila masuk, mulalah geram aje tengok handbags.

Puasa lepas, jalan-jalan ke KLCC, masuk jugaklah, bak kata Daddy Jack...melepaskan rindu pun cukuplah. Tak plan pun nak beli, just nak tengok-tengok aje. Pikirkan masa birthday lepas dah beli handbags so nak tengok kasut pulak sebab range kasut die pun not bad after all. So far di KLCC nie banyak jenis flat shoes aje.

Saje aje mencuba the loafer nie. Nampak cantik walaupun bukan high heel. I pun bukannya kerja, nak pakai high heel semua. I really like loafer for casual style, especially kalau pakai dengan jeans, nampak elegant sangat.

Some of the collection dah habis sebab they all nak stock up untuk Autumm collection pulak. Aduh, banyak betul dugaan kalau duduk dalam butik nie.

Daddy Jack memilih handbag untuk I...ehh, nak beli lagi ker? I thought I cuma dapat kasut aje. Tak sangka nak beli handbag lagi satu.

I love this style, but still tak berani nak pakai yang berwarna putih sebabnya takut kena conteng dengan colour pensel anak nanti. Dah pernah terjadi, tau. Menangis kejap.

Ada kes sebenarnya kenapa Daddy Jack nak belikan I handbag...sebenarnya masa balik Malaysia masa bulan puasa lepas, ada kejadian dalam flight. Ryan telah menumpahkan tray makanan ke atas handbag I. Menjerit lah I dalam flight tu. Bukannya apa, sebab habis tray makanan tu tertumpah ke bawah and some of it masuk dalam beg I tu. Yang tak tahan, antara yang masuk adalah yoghurt and some kuah. Aduh !!!! pening and terkejut sekejap dengan kejadian itu. Sampai Malaysia, terus lap and baunya memang busuk sikit sebabnya kena yoghurt, kan.

Nanti I nak buat wall art di rumah mcm nie lah. Full of frames, tapi bukan gambar handbag, gambar family dan juga anak-anak, memenuhi ruang tangga, pun okay jugak.

Ohh, terima kasih Daddy Jack kerana berbesar hati menampahkan koleksi COACH I, nampak gayanya kena ada almari khas untuk simpan handbags I nanti.

Beberapa hari lepas beli handbags dengan kasut, dapat nie pulak...Aminnnnnnn.

Monday, 11 April 2011

Dah lama idamkan

Masa first time datang Hahndorf dulu, dah nak balik baru perasan kedai nie tapi masa tu dah dalam kereta so selalu pasang angan-angan, billah nak datang sini lagi. Tunggu la kut-kut ada saudara mara dari Malaysia datang, barulah boleh ke sini. Tak kan nak dtg sini semata-mata nak ke kedai nie sahaja, dahlah jauh, rasa rugi aje.

Akhirnya, impian nak ke sini terlaksana juga, bila Kak Shida datang, so bolehlah ke Hahndorf. I paksa jugak Daddy Jack untuk ke sini, mulanya nak tengok-tengok aje...heheheh, ayat yak boleh blah tu.

I pernh nampak my sister wearing one of the sandal, rasanya die beli kat KL. Tak pernah tanya kat mana die beli. Kat sini ada macam-macam jenis sandal, all made from leather. Birkenstock nie made from Germany.

Ohh, ada cara yer kalau kita nak beli kasut di Aussie nie, kita tak boleh main simply pergi kat rak and then ambik just try it on aje, nanti ada aje SA yang menjeling kat kita. Masa I masuk nie, ada a few budak from Indonesia and Malaysia yang masuk jugak and they kept on try everything, sekali tu I dengar SA die tanya, yang pattern mana die suka sebab tak boleh try mcm tu aje, kena pakai stokin sebab nak jaga kualiti leather tu. Bila I dah dengar SA tu cakap mcm tu, teruslah pilih, then sebelum cuba, SA tu kena ukur dulu saiz kaki, dia yang akan tentukan saiz kasut kita.

My new Birkenstock...dah lama mengidamkannya, akhirnya dah ada depan mata. Thanks to Daddy Jack. You always be nice to me.

Monday, 13 December 2010

Opsss..tak sengaja

Selain Corelle, I memang tergila-gilakan Pyrex nie. Its like, nak kumpul pyrex, buat letak left over makanan, so nanti bila nak makan, panaskan aje from the pyrex, tak payah pakai periuk apa semua.

Well, semuanya secara tak sengaja. Jalan-jalan kat Kmart, tengok-tengok ada mcm promotion walhal tak ada dalam katalog pun, so Daddy jack tengok I then..."ambik ler"..Yahooo !!!!!!!

As usual, ambik sekali 2 terus..Thanks Daddy Jack

My new Pyrex collection, ada 3 pieces so now I already have about 8 pieces semuanya. Syukur alhamdulillah, dengan pemberiannya. And Now, I will start gunakan the Pyrex as part of my household, nanti Daddy Jack bising, beli tak pakai.

Tarraaaa......hmm..nie aje, well ada lagi tapi yang tu tak boleh bukak, nak pakai kat Malaysia la..ehhh lama lagi tu...heheheheh. Yang dua tepi tu adalah my first collection, beli masa nak masuk rumah dulu. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


Friday, 1 October 2010

Hasil tangkapan di IKEA

Setelah 2 hari pergi Ikea, so ini adalah di antara hasil tangkapan we all, yang kononnya hanya nak berjalan-jalan sahaja ke sana. Udahnya, penuh jugak boot kereta. Konon, Daddy Jack yang begitu takut bila I mentioned nak ke IKEA, udahnya die jugak yang beria-ia membeli.

Before thie, Daddy Jack dah ada meja untuk belajar, ehsan tenant lama tapi nampak macam berat dan terlalu besar aje. So, Daddy Jack nak a small one, and mudah letak dalam bilik untuk die study pagi-pagi buta tu.

I dah lama nan belikan set meja nie untuk the boys, senang untuk they all makan atas nie, kalau kat atas meja besar, mcm tak larat nak mengemasnya. And then, Danish pun bolehlah study gunakan meja nie jugak.

Masa mula-mula nampak wall hanging nie, Daddy Jack macam nak tak nak aje tgk, lepas tu bila dah separuh pusing IKEA tu, barulah hatinya terbuka untuk membelinya.

Ni antara barang yang we all pulangkan and dapatkan balik yang lain sebabnya kualiti fabriknya mcm tak berapa elok, ada sikit koyak. Masa we all nak dapatkan yang baru, ada satu aje, mmg rezeki kami la. Ada minah salleh nie dah angkut 3 sekaligus.

Cushion pad tu pun we all tukar jugak, yang asal mcm tak muat kerusi tu. So, tukar and terpaksa ambik yang warna cerah, untuk kerusi rumah I, tak ada yang warna gelap. Harapan I, semoga anak-anak makan dengan cermat bila di main table.

Daddy Jack cakap, lepas nie all your Corelle letak dalam nie, nanti kalau pecah ker apa ker susah pulak.

Malu la asyik pinjam tool set jiran sebelah, nampak tengah offer, ambik satu.

Yang bulat-bulat tu nak gunakan untuk gantungkan all my tudung. Daddy Jack bising sebabnya tak muat almari dah. Kena gantung, lagipun senang jugak, nak pki terus ambik and sarungkan aje. Beli jugak rak untuk dapur agak matching dengan yang sedia ada and some compartment untuk bric-a-brac.

Tak jumpa rak kasut, terjumpa yang macam box nie, bila dah balik, menyesal pulak tak beli 2 set. Banyak jugak kasut kat rumah nie especially untuk the boys.

Kali kedua ke IKEA, we all kan tak bawak Danish, so Daddy Jack memujuknya dengan membelikan wooden toy train set untuknya, Ryan the Lion pun dapat jugak.

Ni yang paling I suka, my baking wares. Selama nie kan, I asyik masak aje, tak merasa nak buat kek apa bagai sebabnya tak ada kelengkapan. Even masa Raya hari tu pun, Daddy Jack mcm hint nak makan tart nenas, tapi tak kesampaian sebabnya bila pikirkan kos nak membuatnya lebih baik beli aje kat akak Singapore tu. Bila pi IKEA, nampak macam-macam bakeware set like rolling pin, mixing bowl yang okay, so mulalah semangat nak berbaking tu ada.

Opsss, ni tak beli di IKEA yer..kelas la kan, kalau kat IKEA Adelaide nie ada acuan karipap dan loyang mcm nie. Loyang and acuan karipap tu kiriman from Malaysia. Sure tertanya-tanya kenapa sampai kena hantar loyang semua, sini tak ada ker? Sini memang ada, tapi kalau nak buat kuih like kuih lapis or serimuka tu, nampak mcm tak cantik la sebabnya loyang sini mcm tak dalam sangat. I pernah cuba buat kuih serimuka guna loyang sini , Ya Rabbi, sungguh tak cantik.

And lastly, to complete my bakingwares, jalan-jalan pi garage sales, terjumpa mixer Kenwood pattern lama nie. Tuan rumah tu, siap cuba untuk memastikan ianya berfungsi. I tak cuba membuat apa-apa bake food lagi, Insyallah, hujung minggu nie nak cuba semuanya. We'll see.....