Nuffnang Ad

Showing posts with label sales season. Show all posts
Showing posts with label sales season. Show all posts

Friday, 27 July 2012

Toys sale is back

Bulan 6 adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh Daddy Jack..kenapa yer, bukan sebab nak balik Malaysia tapi disebabkan Toy Sale di seluruh Australia bermula untuk tahun 2012. Hmm, bukan anak yang excited, tapi bapaknya.

Hari-hari dok jenguk katalog kat letterbox, kalau sebelum tu dapat aje weekly katalog bising kat I sebab I selalu cakap nak beli itu ini, tapi bila nampak Toy catalogue, buat diam aje.

Sebelum pi Uni and hantar Danish ke school pun masih sempat mentelaah lagi a few items.

Anak-anak pun sama-sama suka, dok tanda mana satu yang jadi pujaan hati while me yang tengok and ambil gambar nie, geleng kepala ajelah. Hmm, manalah nak letak bila balik Malaysia nanti..itu satu persoalan..satu lagi soalannya..adakah balik nanti Danish and Ryan main balik tak all the toys yang we all dah beli sepanjang duduk Adelaide nie? Even toys kat Malaysia pun masih ada yang bersimpan dalam kotak lagi..main sekejap-kejap aje. Silap-silap we all yang buat Toys sale di Malaysia nanti.

Thursday, 30 December 2010

Terjojol mata nie

We all pun tak ketinggalan nak merasa berboxing di Adelaide, selalunya berboxing di Singapore sahaja. Nak juga merasakan kehangatannya. Hmm, well to tell you the truth, Adelaide not as good as Singapore. Singapore memang happening bila Boxing Salesnya.

Nak menenangkan anak-anak, hanya dengan satu cara sahaja, belikan apa yang mereka inginkah dulu, kalau tak, memang tak senang nak tengok and beli barang. As for Ryan, senang aje nak bagi die leka, belikan Thomas and for sure die akan leka duduk dalam stroller. danish dok ke hulu hilir cari toys, ada tu terlalu besar untuknya, ada tu tak sepadan dengan umurnya. Udahnya, di Myer, cuma Ryan aje yang dapat..Danish nak kena cari di tempat lain pulak.

Tu dia aihhhh..Minah Salleh tu memborong, penuh satu trolley, berkotak-kota, nampak macam beli vacuum cleaner aje.

Set sudu yang menurut orang yang we all jumpa, memang murah sangat-sangat..dah kata murah, as usual ambik 2 sekaligus.

Tefal cookware dijual dengan harga yang gila-gila..nie tak ada hati pulak nak beli sebabnya we all belum lagi nak mengumpul barang rumah untuk di Malaysia. Nak tengok dulu mcmana Year End Sales nya disini. Maybe tahun depan, dah nak kena beli sikit-sikit dah.

Highlight sikit set sudu yang we all beli.

After keluar from Tea Tree Plaza, singgah sekejap at Toys R Us untuk memenuhi janji kami kepada Danish for being our special helper sepanjang musim sales nie. Biasalah masuk Toys R Us, mata pun jadi rambang, tak tahu nak pilih yang mana satu. After berpusing satu kedai, pilih, letak, pilih letak, Hot Wheel menjadi pilihan.