Nuffnang Ad

Wednesday, 21 January 2009

Kasut VIP

Well, my sister Didi is a shoe designer at Lewre Malaysia. Kalau ada warehouse sale kat Lewre, we all borong banyak giler sebabnya ada kaki kat dalam so tak payah bersusah payah berebut kasut ngan orang lain.
Well, keje as a shoe designer nie kena detail..yela, golongan yang pakai kasut Lewre nie bukannya calang-calang orang..even VIPs pun pakai tau.


So, 2 weeks ago, my sister sibuk menyiapkan kasut untuk kawan kepada Sultanah Kedah untuk dipakai masa hari keputeraan Sultan Kedah. Kasutnya sahaja berharga RM3K...uish mahalnya untuk sepasang kasut. Ye la..mana tak mahalnya kalau kasut dipenuhi oleh baru sworoski..mmg la patut mahal.

VIP nie nak kasut yang matching ngan purse die tu. Kiranya purse tu beli lain so nak jugak kasut yang sama. Jenuh jugaklah my sis nak membuatnya. Dahlah bagi short notice tapi demi keje, turutkan jugak.


Nie la hasilnya...batu-batu permata yang berkilauan..hai naik juling mata tgknya. So we all satu family merasalah jugak memegang kasut nie.


Adikku Didi yang gigih menampal batu-batu permata pada kasut VIP. Anyway, dengan kerja as a shoe designer kat Lewre nie, DD merasa jugaklah gi German..so Didi, bila lagi Lewre nak buat warehouse sale ? Jgn lupa calling2 yer

Cute Award

For the first time, aku dapat this award
Thanks to Elyn cos sudi memberikan this cute award

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Elyn - she's the one yang I selalu baca during my confinement dulu. Lagipun suka tgk gambar anak die Wafiq yang gebussss dan tembam tu. Banyak gak bertukar-tukar pendapat dengannya. Until now, we still contact each other.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1. Saya adalah ibu kepada 2 orang putera
2. Shopping is my passion
3.
Suka membaca blog di masa lapang
4. Cuba untuk kuruskan badan....hehehehe
5.
Suka warna pastel
6. Membaca merupakan my passion no.2
7. Masa lebih banyak tertumpu kepada anak-anak
8. Berusaha untuk menamatkan pengajian
9. Melancong
10. Suka mendapat kawan baru


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1. Fara Saila
2. Elisha
3. Mummy Syafie
4. Ellis
5. Murnie
6. Yana
7. Hani
8. Awin
9. Rara
10. Aein

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Tuesday, 20 January 2009

Aduh ! Sakit kepala

Aduh !
pening kepala aku
Orang gaji nak balik kampung
so nak kena carik yang lain
iskh..iskh

Monday, 19 January 2009

Hadiah

Masa kenduri cukur jambul Ryan minggu lepas, we all dapatlah beberapa sampul duit for him. Bila kira-kira..hhmmmmmmm banyak la jugak. Tapi nie untuk Ryan, so nak kena bukak akaun bank..tapi tak tahulah bila. sekarang nie sibuk sgt ngan kelas dan jugak keje-keje opis nie.




Di samping duit, Ryan jugak dapat toys..Danish bengang aje untuk die tak ader. Jenuh jugak nak terangkan pada die. Gambar-gambar masa kenduri tu tak upload lagi psl the photographer lum bagi lagi gambar yang die ambik tempohari.

Friday, 16 January 2009

Tahniah, Daddy Jack


Congratulations Daddy Jack cos memenangi Gold Medal on your innovation kat Uitm..me, Danish and Ryan is so proud of you..keep up the good work !

Hotel Istana

On Saturday, 17/01/04, majlis yang gelang gemilang diadakan di Mahkota Ballroom, Hotel Istana at 830 pm. We all dah berkampung dari pagi lagi di mana majlis raptai diadakan. Kami diberikan 5 buah bilik standard dan untuk pengantin dapat Suite yang mmg mewah..rasanya harga untuk suite nie dlm 5k untuk satu malam...whoaaaa !!!!!


Ramai kawan-kawan dan juga saudara mara yang datang ke majlis ini. Majlis ini berjalan dengan lancar..nasib baik jugaklah buat raptai maklumlah manalah pernah nak merasa kahwin kat hotel ni.

Baju yang aku pakai nie kainnya beli sendiri kat Binwani's. Until today, baju nie masih tersimpan di dalam my wardrobe. Tema hijau dipulih psl nie warna fav aku.


Antara VIPs yang hadir, Dato' Seri Najib (masa nie die baru dilantik menjadi TPM), Dato' Khalil Yaaakob (masa nie masih MB Pahang lagi), Dato' JJ, Dato' Shafie Afdal (Tim. Men. Pertahanan masa tu).

Isteri-isteri VIPs yang mmg glamour malam tu.

Gemuruh betul masa duduk kat atas pelamin nie. Ye la, semua mata memerhatikan kiter. Rasa sesak napas pun ada jugak. Ye la mana lah tahu, masa nak naik tangga tu, terjatuh ker tak ker malu nnt.

Masa makan beradap pun sama...takut nak makan banyak-banyak. Tak nak tunjuk gelojoh depan VIPs....malu la. Makan pun ala-ala sopan gitu. masa nie, bila VIPs tanya, kiter pun mcm gugup jugaklah. Ye la..manalah penah duduk semeja ngan menteri.


Sesi potong kek..kek nie nampak stinggi sampai 5 tingkat tapi cinonet aje kat bawah tu yang boleh dimakan. Yang kat atas tu dummy aje. Lepas acara potong kek ini, we all kena berjumpa ngan semua tetamu untuk mengucapkan terima kasih. So penat tau..

Banyak jugak hadiah yang we all dapat antaranya digital camera ( from adik Dato' Najib, Nazim kalau tak silap..ala suami Nurjuma skrg nie), Dato' JJ bagi Bohemian Crystal yang agak besar, set pinggan mangkuk jgn cakapla..mmg banyak sampaikan dapat fine porcelain lagi..lampu tido, dll. Paling tak tahan ada yang bagi set rantai dari Poh Kong lagi tak tahu siapa...bawak gi check kat Poh Kong, reganya 2k jugak. Murah rezeki si pemberi hadiah.

Itu sajalah secara ringkasnya cerita hari perkahwinan ku..tak nak citer banyak2, nnt kata nak berlagak pulak.

Baju Persalinan

Jenuh oiii aku bersalin 3 pakaian nie..dah la tu, kena posning-posing pulak. Aku nie jenis kayu, manalah pandai posing-posing nie semua. Terpaksalah photographer nie tolong untuk dapatkan pose yang menarik.




Untuk ini, aku memakai 3 jenis persalinan that is Puteri Perak, Bollywood and Korean sebab masa nie tgh hot ngan siri Winter Sonata. At first nak pakai pakaian puteri Jawa tapi dah ada org sewa la so kena la gantikan ngan Bollywood.

Malam Berinai Besar

Sebelah malamnya, diadakan pulak majlis berinai besar. Ibu insist jugak nak buat majlis persandingan kat umah untuk meraikan jiran-jiran dan jugak kawan-kawan yang lain. Agak penatlah jugak cos siangnya sibuk dengan majlis akad nikah so malam plak nak kena bersanding.

Memang sepanjang hari majlis nie agak penat la jugak. Mana tak penatnya, sebelah pagi dengan majlis khatam Quran, then sambung plak akad nikah..menjelang petang dengan sesi bergambar dengan 3 pasang baju then waktu malam pulak nak bersanding lagi. Aduh....mmg letih sampaikan masa make up pun aku boleh still lelapkan mata.

Untuk acara malam berinai nie, we all memakai baju yang dibuat khas oleh Butik Cindai Biru. At first they all suggest sutuh pakai baju nie untuk majlis keesokan harinya tapi since i think that this is okay for berinai, so depa ikutkan ajelah kehendak aku.

Bersama-sama ibu dan ayah yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Thanks Ibu dan Ayah yer..

All in the family...masa nie semua okay lagi. Kak Nyah jadi my pengapit for this nite. Malas nak suruh member psl aku nak member menikmati majlis aku nie. Tak nak susahkan depa.




What I like about aruah Mona Rafar nie cos keje die mmg detail habis. Die punya leka dok touch up make up kat bahagian mata. Tu yang agak lama jugaklah. Tapi hasilnya mmg superb la. I think kalau die still ada lagi, mmg aku akan gunakan perkhidmatan die untuk any occasion oun. Mmg tak rugilah hired her as my make up artist. Kelas !!!!

Hantaran

Ini adalah di antara gambar-gambar hantaran dari kedua-dua pihak..yang best tu semua iukut kepala sendiri..tak ader bincang-bincang ngan parents. Tu yang sampai letak PS2, handphone and PDA as a barang hantaran.


Pihak perempuan ke lelaki tema warna adalah hijau. Berjenuh jugaklah nak pikir barangan sampai 19 dulang akhirnya inilah yang termampu we all adakan.

Pihak lelaki kepada perempuan..tema warna merah. Telefon yang buat hantaran tu aku sempat pakai selama setahun aje lepastu hilang entah ke mana. Jam untuk hantaran masih ku pakai hingga kini.

Hari Kita

Hari nie adalah hari ulang tahun perkahwinan ku yang ke 5..terasa cepat sungguh masa berlalu. Well, aku cuba untuk mengimbas kembali waktu itu. On 16 Januari 2004, at 4.35 pm aku selamat dinikahkan oleh Jurunikah Taman Melawati. Memandangkan aku nie anak sulung, so wedding tu agak grand la jugak, kan. Ramai saudara-mara yang dah berkampung di rumah, menyiapkan segala-galanya.

Tengoklah hantaran we all..hampir penuh hall umah aku nie. Mana taknya 19 berbalas 17 dulang. Mana tak banyak dulangnya..makcik2 yang nak sponsor, kang tak ambik marah pulak.

Masa nie Daddy jack agak berdebar-debar mengadap Tok Kadi.

Dengan sekali lafaz, akhirnya aku berjaya menjadi isteri.. After menerima mas kahwin sebanyak RM777.77.
Syahdu betul bila saat membataklah air semayang nie. Ibu ngan ayah pun agak sebak jugaklah pasal dah lepaslah tanggungjawab mereka terhadap ku.





Saat bergambar selepas diijabkabulkan. Bajuku ditempah di sebuah butik di Shah Alam..apa tah namanya tak ingatlah dan make up pulak mmg gempaklah jugak hasil touch up by Mona Rafar (dah aruah dah). Keje aruah nie mmg superb lah...totally change my face. Lepas majlis akad nikah ada pulak majlis tukar-tukar baju tu..entah apa lah nama majlis tu. Anyway, mmg berjalan lancar la majlis pernikahan kami tanpa sebarang anasir-anasir jahat.

HAPPY 5th ANNIVERSARY, DEAR


“The most wonderful of all things in life,

I believe, is the discovery of another human being

with whom one's relationship has a growing depth,

beauty, and joy as the years increase.

This inner progressiveness of love between

two human beings is a most marvelous thing;

it cannot be found by looking for it or by passionately wishing for it.

It is a sort of divine accident,

and the most wonderful of all things in life.”



Another year to create
precious memories together.
Another year to discover
new things to enjoy about each other.
Another year to build
a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen
a marriage that defines "forever."

Happy Anniversary!

Monday, 12 January 2009

Anak-anak

Tak pernah pun terfikir at this moment aku dah mempunyai 2 orang putera yang comel-comel belaka....Danish Imran and Rayyan Irfan. Semoga kedua-duanya menjadi anak-anak yang soleh dan juga menghormati kedua ibubapa serta orang tua.

Danish lahir pada 10 Jun 2005, Ryan on 13 October 2008..keduanya melalui kaedah caesar cos besar dan laluan ku agak sempit. Danish was 3.65 and Ryan's 3.16. Dua-dua dilahirkan di hospital yang sama, Ampang Puteri Specialist Hospital and with the same O&G, Dr Marlik Abu.





Pada aku, cukupkan dengan 2 org anak ini sahaja..i think i want to stop..tak larat dah. tak kisahlah walaupun ku tak ada anak perempuan...aku tak akan terkilan. So, starting next week, I' will ambik injection from Dr Marlik...for safety.

Ryan dan botak

So, lepas majlis cukur jambul dan aqiqah tu, rambut Ryan selamat dicukur. Adik aku yang mencukurnya. We all cukur sebelum die nak mandi petang, so senang terus aje mandi lepas tu. Bulat betul Ryan lepas dibotakkan kepalanya. Makin tembam anak mummy nie.