Nuffnang Ad

Thursday 18 June 2009

Kisah Maid 2

Rentetan dari Kisah Maid 1

Lepas our maid, Neni sibuk nak balik, aku pun menggelupur la cari new maid cos at that time my MIL nak gi UK tgk Along. They all nak gi lama jugak, nearly one month. So, aku cuba-cuba jugaklah tanya agnesi...bapak mahalnya...sampai 6K pun ada jugak. Last-last, my friend, Nabilah suggest kat sorang akak nie, Ham namanya cos kawan aku pun dapat maid dari die. Bila aku contact Kak Ham nie, kebetulan ada jugaklah orang yang tgh cari keje tapi die kalau boleh nak suruh ambik dua-dua sekali and I asked Ibu and Ibu pun setuju nak ambik jugak. So, we all ambik la dua-dua sekali, one for me and one for Ibu.

Dengan tak tunggu lama, on 1st May 2006, aku pun gi la ambik kedua-duanya kat Keramat. Masa tu Kak Ham tu pun ikut sama, siap pau lagi kami kononnya mcm duit komisyen la...kena la bayar sorang RM200. Pastu siap mintak cuti lagi...aku yang tengah blur-blur pun ckp la cuti sebulan sekali aje. Dalam kereta tu jugak, aku tanya, permit die mati bila, depa jawap esok (2 May 2006) mati...lagilah aku rasa mcm nak pengsan. So, lepas nie kira maids tu akan dapat taraf PATI la...lagi naya, tak pasal-pasal kena denda. Ibu ngan aku rasa mcm kelam kabut dah..tanya ayah manalah tahu die ada jalan atau kabel yang boleh tolong pun tak ada..still kena keluar dan masuk balik. Ibu sanggup la nak bawak depa gi Medan..then masuk balik. Tapi, last-last ada jugaklah agensi yang sanggup nak butkan permit they all nie tapi akhirnya baru we all tahu yang agensi tu hanya tipu and we all rugi RM2,500 kat situ.

My second maid, Ifa mmg bagus. Kerja mmg tip top tapi adakalanya makan hati jugaklah. Mulut die mmg kuat menjawab tapi aku jenis yang tak nak la tegur sgt, sebabnya die jaga Danish masa tu. Die jaga Danish mmg okay. Masak jangan ceritalah, sedap sangat. Tapi bila menjelang hujung bulan, mulalah mcm tak senang duduk cos die tahu yang die nak balik ke rumah Bibik die. Ada one time, aku hampir nak bergaduh jugaklah nganBibik die tu cos Bibik die ingat that Ifa nie akan balik setiap hujung bulan...well, aku mmg akan beri cuti tapi aku tak janji pun yang cuti tu hujung bulan..suka hati akulah nak hantar die bila. Depa nie, kalau ada saudara mara kat sini, sedara die yang lebih. Ye la kan, die tahu yang kerja pembntu nie senang..makan ditanggung, tido pun sedap atas tilam tu yang depa nak ambik kesempatan tu.

Mula-mula datang tu nampaklah skema aje tapi bila dah lama-lama mula la mcm naik tocang tambahan pulak bila dah pandai pakai handphone. Call masuk tak kira masa. dah berapa kali tegur, kalau boleh suruh orang yang nak called tu call la waktu malam, nie tak, suka-suka hati aje nak call pukul berapa. Pastu bergayut, ya Rabbi punyalah lama...but I still diamkan aje. Sambil baring pun boleh call..tangan tak pegang phone, letak aje kat telinga.

Ifa yang pakai tudung pink tu
Ibu punya maid, Nor, okay orangnya, lembut aje. Selalu kena buli ngan maid aku, Ifa. Ifa nie agak keras kepala, sometimes tak boleh kena tegur. Nor banyak makan hati dengan Ifa tapi die diamkan aje. Aku pun banyak jugak makan hati ngan Ifa tapi so far tak pernah tegur. Mungkin kat situ silap aku gamaknya. Ifa nie tak nak kalah dalam fesyen..mmg jenis nak bergaya. Tu yang menurut Nor, pegi Chow Kit pun pakai spek hitam yang besar tu...
Until early this year, ada one time aku tegurlah die terus die melenting and cakap kat aku yang die nak balik. Kononnya die dah janji ngan mak die keje hanya 2 tahun aje then after that die nak balik. Lagipun kata die mak die ngan anak die sakit. Aku pun suruh la die pikir 2-3 kali dulu. Then die mcm firm ngan keputusan die. Bila aku tanya berulang kali, mcm tak sure samada nak datang balik..then aku bagilah die option whether die balik masa bulan puasa nnt so at least bagilah aku masa untuk carik orang lain..hati diekan keras, so kononnya masih tetap ngan pendirian die nak balik jugak.

Nor (tudung pink)

Daddy Jack ckp hantar ajelah die balik kalau itu yang die nak sangat...so, we all prepared all the documents..book the flight ticket and habis cerita. Alih-alih aku dapat tahu yang die nak kahwin kat sini...sakit hati betul tau..dahlah menipu kata nak balik then taknak datang sini lagi, tahu2 nak kahwin. Aku tahu pun bukan dari mulut die tapi dari orang lain. Hari-hari terakhir die kat sini, kena jumpa pakcik die and I told him everything. Pakcik die marahlah die and ckp die tak berterus terang ngan aku. Lagi yang membuatkan aku nak sgt hantar die balik bila pakcik die ckp, kalau die kahwin nnt, nak jugak suruh keje ngan aku and kena cuti 2 minggu sekali..banyak cantik muka kau.

So, smpi masanya aku pun hantarlah die kat LCCT...so far, aku ngan Ifa nie lama la jugak, 3 tahun. Kerja bagus tapi payah nak tegur.

Rika

So now, nielah maid aku..dah sebulan lebih jugaklah..so far so good. Aku ambik die from the agency and kena bayar for about 8K. Pernah keje 2 tahun kat Kuantan, so tak ader masalah la. Hope that die pun akan bertahan jugaklah lama ngan aku cos I will never treat her as maid tapi lebih kepada saudara.


Nor, my Ibu maid pun dalam perancangan nak balik untuk bulan puasa nie cos adik die nak kahwin and she said that die akan datang balik cos mak die dah pesan, kalau nak keje, pls stay dengan Ibu cos tak mahu apa-apa terjadi kat anak die kalau tukar majikan. Baguslah mcm tu...Nor pun dah boleh diharapkan and aku pun kadang-kadang mintak tolong die and setiap hujung bulan pun ada jugaklah hulurkan die duit belanja atas kesudian die membantu aku.


5 comments:

  1. dpt maid yg bgs, lega kan gina??? i mcm dh x de hati nk amik maid lagik tau lps kes tu. i anggap mcm adik gitu yg die balas kat kami!!!

    ReplyDelete
  2. memang perit tau especially bila kiter ada anak kecik...nak hantar kat nursery, mmg tak sanggup la

    ReplyDelete
  3. mcm2 ye gina kes psl maid nie..
    kang kalo marah majuk lak..dah le dia yg jaga anak kitakan.

    yg baru ni sweet gak..orgnya ..

    ReplyDelete
  4. adeh...mcm2 kes kan...semoga yg ni oklah

    ReplyDelete
  5. Kak...na pun nk cr maid...haha..dh la tatau pape...dh nak masuk 3 baik amik maid kan...hihi

    ReplyDelete