Perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam perjalanan..sungguh menyeksakan. Flight agak penuh dengan mat salleh, rasanya yang Melayu, cuma 2 keluarga sahaja. Ramai mat salleh Adelaide yang keluar dari kepanasan di Adelaide, gamaknya.
Sebelum berlepas, semuanya dok behave aje..Ryan takut sikit dengan budak pramugara sorang tu, sebab budak tu dok sakat die...bukan sakat apa, tapi dok ralit main rambut Ryan yang kerinting tu.
Hasil ketakutannya itu, sebelum berlepas dah tumbang, so I bolehlah menikmati perjalanan selama 7 jam itu dengan ketenangan.
Daddy Jack melayan Danish untuk main inflight games..I pun ada cuba-cuba jugak especially layan Bejeweled, and movie The Social Network, tapi disebabkan perasaan nak balik tu yang terlalu kuat, semuanya tu macam tak begitu bermakna dah.
Tetiba terjaga pulak Ryan
Dah habis atau bosan main inflight games, layan PSP pulak la...pelik juga cos sepanjang perjalanan, Danish hanya tido-tido ayam sahaja.
We all dijamu dengan hidangan nasi briani and lamb roast. As for Danish, of course la layan nasi..berselera sungguhlah die makan dalam flight tu. Daddy Jack cakap sedap jugak.
Mulanya Ryan tido atas kerusi, tapi since die tak selesa sebab hidungnya tersumbat cos selsema so die mcm tak selesa sikitlah. Apa lagi, nak kena peluk ajelah...Ada sekali tu, I dah tak tahan sangat na ke toilet, so kena bergilir dengan Daddy Jack.
My food selection..sedap sangat lamb tu..dagingnya sangat lembut, potatoes pun sedap..Thumbs up untuk MAS Catering.
Habis licin, walaupun makan dengan hanya sebelah tangan sebab mendukung Ryan yang sedang tido.
Teman berbual I di sebelah adalah seorang makcik from England yang datang bercuti ke Adelaide selama 6 minggu, after touch down at KL, die akan transit jap then terus ke London selama 13 jam pulak...tahan sungguh la die..I yang duduk 7 jam nie rasa rimas sungguhlah..lagilah I nie muda, die tu dah tua, sakit pulak tu.
Lagi beberapa minit nak touch own, Ryan pun bangun, tapi mcm tido-tido balik, maybe dok mamai-mamai lagi..nasib baiklah tak berapa nak meragam sangat.
Tak tergambar perasaan I masa nakpak at depan screen, flight dah berada di Seremban...macam-macam perasaan ada dalam kepala dan badan, seram sejuk dibuatnya
Oh..makin dekat main terasa macam-macamnya..even nak muntah pun ada jugak tau..perasaan 10 bulan menanggung rindu yang tak tertahan.
Terima kasih MAS@MH 138..memang true Malaysian Hospitality. Walaupun perjalanan agak tegang sebab ada a few turbulances masa kat udara, tetapi pihak pilot berjaya menghadapinya dengan tenang, dan menjadikan perjalanan terasa selesa. Terima kasih juga kepada crew yang bertungkus lumus menyediakan segala-galanya untuk penumpang..Syabas !!!!!