Nuffnang Ad

Saturday, 5 March 2011

Kenangan di Pasar Tani

I still remember, if on Saturday masa balik Malaysia baru-baru ini sure akan pergi Pasar Tani Taman Melawati. Kalau masih di KL pun akan pergi jugak, ikut Ayah beli ikan sambil tengok macam-macam jenis jualan. Biasanya, kalau we all pergi mmg awal la sebabnya kalau lambat, sure orang akan ramai and parking pun susah and jauh sangat.

Gerai kuih nie dah lama bertapak di pasar tani, since I sekolah lagi perasan sangat dengan kuih-muih makcik nie. Dulu, makcik nie mengusahakan gerai kuih nie dengan anak-anaknya, tapi sekarang rasanya maybe makcik nie dah tak larat so hanya salah seorang anaknya sahaja yang menguruskannya.

Kuih-muihnya memang pelbagai jenis dan sedap-sedap. Antara kuih kegemaran I di kedai makcik nie is kuih serimuka, kuih lapis, talam ubi , koleh kacang and makcik signature kuih is apam kukus. Hmm, harga kuih pun dah mahal la yer, sepotong 50 sen tapi mcm kecik sikit potongnya itu.

Macam-macam jenis makanan ada dijual di Pasar Tani nie. Maisng-masing berlumba-lumba untuk meniaga dan membuat duit. Antaranya gerai nie yang menjual pelbagai jenis kuih cucur, antaranya cucur ikan bilis, bawang, durian, jagung, labu, keledek dan bermacam-macam. Kalau tak silap ada 14 jenis cucur yang dijualnya.

Di pasar tani bukan sahaja menjual makanan, ikan ataupun sayur-sayuran..pokok bunga pun tak ketinggalan jugak. Ibu as usual, akan stop sekejap di gerai orkid nak beli tanahlah, baja dan macam-macam yang related to orkid.

Buah-buahan pun tak ketinggalan juga dijual di sini. One of my neighbour pun ada menjual buah-buahan di sini.

Even capati pun ada jual, tak perlu susah makan di Mamak, beli makan kat rumah lagi baik, kan.

Lama tak makan otak-otak..teringin pulak tapi semua benda nampak sedap so kenalah pilih mana yang betul-betul nak makan aje, takut beli banyak udahnya tak makan so membazir aje.

Pelbagai barangan kraf ada di sini. Antaranya nak beli rotan..hehehe selalu acah the boys, kalau nakal nanti Mummy rotan..hmmm acah ajelah, tak berani buat betul-betul..tak sampai hatilah.

Hah !!! pagi-pagi nak dah makan durian ? Tak sakit perut ker? Hmmm durian, sedap jugak kalau dimasak dengan kacang hijau jadikan bubur ataupun buat kuah durian cicah roti, memang heaven.

Gerai makcik Kelantan yang menjual pebagai makanan cik siti wan kembang antaranya nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu dan pelbagai kuih muih. Thought of nak makan nasi kerabu tapi bila tengok ramai yang sedang menunggu, so terpaksalah membatalkan niat itu.

Pelbagai jenis rempah serbuk ada dijual disini, siap dapat resepi free lagi. Bought a fews spices jugak, konon semamngat nak memasak di rumah, udahnya terbiar ajelah dalam pantry room sahaja.

Hidangan wajib beli, Yong Tau Fu..dulu ada pakcik and 2 anaknya yang menjadi the only gerai menjual Yong Tau Fo nie tapi sekarang tidak lagi tapi belasah ajelah. Janji dapat makan.

Pelbagai jenis mee/bihun dijual like mee sup, laksa, kari dan soto. The boys suka makan mee especially mee sup so belikan untuk them also.

Air pun ada dijual but tak teringin pun membelinya. Lainlah kalau panas, memang beli especially air teh bunga tu.

Pelbagai jenis kurma dan kismis di gerai ini. Ryan the Lion suka sangat makan kismis. Kismis yang Ibu bawak balik from Mekah tu pun macam dah susut so tambah sikit aje, untuk letak dalam beg as a snack for Ryan.

Wajik pun ada jugak yang menjualnya

Gerai kerepak akan menjadi tumpuan ramai..bukannya nak beli tapi sibuk nak merasa sebab die ada letak sample atas meja tu. So sesiapa yang lalu depan gerai kerepek nie sure akan singgah rasa aje, belinya idak sama sekali..hehehehehe.

I always love Chocolate Cake, tak kisahlah from hotel, restorant ataupun bakeri..asal ada chocolate cake, sure nak rasa. Kat pasar tani nie pun ada satu gerai jual kek coklat tapi puas cari, tapi tak jumpa. Rupanya akak kek coklat nie lambat sampai la. Masa I ternampak die tengah tolak troli yang penuh dengan kek coklat. Pastu muka dah macam panik sebab dah lambat. Kesian pulak tengoknya.

Tangan dah tak muat nak beli lemang, ketupat palas and rendang. Lain kali ajelah.

Murtabak pun ada dijual. But tak ada keinginan untuk membelinya.

Pelbagai jenis sayur kampung ada dijual di sini. Ulam-ulaman pun banyak jugak.

Dulu suka sangat makan terubuk masin nie, noe macam dah agak kurang sikit, maybe sebab dah selalu sangat makan so macam dah tak berapa nak minat pulak.

Satu lagi kedai yang wajib singgah, Roti John. Kedai nie pun dulu anak makcik jual kuih tu yang usahakan, sekarang nie tak pastilah samada anaknya yang uruskan atau dah disub kepada orang lain.

Our breakfast for that Saturday morning. Masa beli tak terasa banyak, tapi bila dah dihidang, baru terasa macam penuh aje meja tu.

Breakfast di rumah my uncle aje which is just in front of our house. Lagipun rumah my Uncle tu luas sikit, so boleh aje lepas-lepak sambil bersembang pagi-pagi nie.

Punyalah banyak makanan, akhirnya I hanya makan roti canai ini yang super duper sedap. Roti Canai Masjid Negara yang my Uncle beli sewaktu sembahyang Jumaat. Roti canai nie dalam bentuk frozen tapi bila dah panaskan pun masih terasa lembut tepungnya macam beli di kedai mamak sahaja.

1 comment:

  1. Wahh!!..lepas niat ye Gina..hee..seronokkan makan reramai..

    ReplyDelete