Nuffnang Ad

Monday 4 April 2011

Twilight Sports Day-Tug of War, ohhh tarik tali rupanya

Selepas aje habis acara sukan, ada pulak satu segmen khas untuk pelajar-pelajar tahun akhir sekolah. Dalam buku acara tulis ada games Tug of War, ingatkan main lawan perang ker apa rupanya tarik tali aje. Antara peserta daripada Malaysia, heheheh, anak bujang Kak Shidah, Hariz.

Haris akan menamatkan his primary school this year so tahun depan masuk high school pulak. Merasa la die masuk primary and seconday di Adelaide nie. But in May, Hariz kena sit for NAPLAN exam, dimana satu peperiksaan khas untuk Reading, Writing, Language Conventions (Spelling, Grammar and Punctuation) and Numeracy. Kata Kak Shidah, ada sesetengah cikgu mcm tak menggalakkan students apa, and test nie taklah wajib mcm SPM pun.

Ternampak pulak kelibat Danish. Actually, sebelum hari sukan nie Danish ada beritahu I yang Amber Captain ada datang ke kelas die and pesan that all the red team member kena warnakan rambut masing-masing dengan warna merah. The Captain and her member akan dtg ke kelas-kelas and will spray the colour di rambut. Oh !!! I cakap dengan Danish, tak payah lah rambut warna merah apa bagai, just pakai tshirt merah pun dah cukup, nanti susah pulak nak hilangkan warna pada rambut tu.

Selepas acara untuk pelajar tahun akhir, ada pulak acara untuk ibubapa and guru, and still perlawanan tarik tali diantara guru-guru and ibu bapa.

Untuk wakil ibu bapa anak-anak dari Malaysia, kami hantarkan wakil Abang Azul sahaja. Daddy Jack bukannya I tak nak suruh, tapi die kan kurus kering, kang tarik-tarik maunya terlambung ke hujung padang. Tapi kalau tgkkan cara mat-mat Salleh nie bersedia untuk menarik tali mcm tak sama macam tarik tali di Malaysia, lebih mcm bersantai aje. Bak kata Kak Shidah, orang Aussie tak pandai tarik tali nie.

Ada 3 kali cubaan, untuk yang pertama kali tu, parents dah lead dah. Masa tu, kat team cikgu ada satu cikgu nie pakai skirt, siap duduk kat depan lagi masa acara tarik tali tu. I cakap dengan Kak Shidah, cikgu tu duduk depan, kang masa tarik-tarik tu, tak pasal-pasal jatuh, kain terselak lagi haru and true enough memang sungguh cikgu tu terjatuh berguling atas padang, and tersingkap kain die, tak tahulah nampak ke tak bahagian dalamnya while me and Kak Shidah dah gelak-gelak ya amat dah. Udahnya, kemenangan di pihak cikgu-cikgu.

No comments:

Post a Comment