Nuffnang Ad

Thursday, 28 April 2011

Hari Harta Intelek Negara, 2011

Setiap 26 April adalah diisytiharkan sebagai Hari Harta Intelek Negara, kali ini disambut di JB pula. Itulah tujuan utama we all ke JB, untuk melihat syarikat-syarikat yang mendaftarkan hasil syarikat mereka dengan MYIPO nie. Tapi, tak tahulah kenapa, tak ramai company yang mengambil bahagian, atau maybe disebabkan kali ini pameran dibuat di luar KL, so tak berapa nak mendapat sambutan sangat.

Masa majlis perasmian, adalah disertai acara nyanyian tapi I tak berapa nak kisah sebabnya di dalam dewan while me and Daddy Jack serta the boys duduk di dewan sahaja. Sekali tu, tgk budak-budak perempaun yang pakai baju sekolah berlari ke sana ke mari sambil membawa kamera menuju ke eskeletor. Rupanya dok mengejar si Dafi.

Danish pun tak ketinggalan jugak, hai la Danish..ingatkan kejar pemain bola sahaja, dengan artis pun sama minat jugak.

Les Copaque, company yang mengeluarkan ikon Upin dan Ipin pun tak ketinggalan menyertai pameran ini. We all tahu yang ada booth nie, sebab nampak van syarikat di hotel. Rasanya the team pun tinggal sama dengan hotel kami. Pagi-pagi lagi the boys dah mengajak ke sini untuk ke gerai Upin & Ipin.

I ada jugak tanya budak yang jaga gerai tu samada mascot Upin dan Ipin akan buat appearance tak..jawapannya mudah aje, tak tahulah kak, saya pun tak pasti...tak aperlah dik, di atas "bantuan" tu..kalau setakat jawap tak tahu, baik aje I tanya guard kat situ.

Kebetulan we all memang lepak berhadapan dengan booth Upin&Ipin nie, selepas membeli beberapa barangan from the booth, Danish melepak sambil sibuk menulis while Ryan main game and suddenly Danish menjerit "Ehhh, Upin Ipin besar" bila toleh belakang, ada rupanya the mascot.

Syarikat Les Copaque merupakan salah seorang pemenang, apa yang dimenangi tu I pun tak pasti tapi dapat piala and RM30,000. Tahniah !!!

Puas I pikir, siapalah perempuan nie..Ohhh rupanya perempuan nie tuan punya company Les Copaque dan juga suara Opah di dalam siri Upin & Ipin.

Danish memang ada beli buku solat yang dikeluarkan oleh Les Copaque so selain bergambar, sempat jugak minta autograf from Opah yer.

Kata-kata nasihat dari Opah untuk Danish

Gerai coklat buatan anak tempatan yang resepi dan packagingnya telah dipatenkan dan telahpun mendapat hak cipta terpelihara from MYIPO. So, lepas nie tak boleh meniru yer, kalau tak, kena saman.

Coklat berbentuk telur..teringat sambutan Easter Day kat Adelaide.




Selain coklat, kicap juga telah didaftarkan dengan MYIPO. Ni bukan macam kicap Kipas Udang tu, tapi lebih kepada sos membuat kuay teow atau mee goreng yang dihasilkan oleh seorang chef from Melaka.

Heheheh, sempat beli 2 botol untuk dibawa balik ke KL, nak buatnya tak tahulah bila.

5 comments:

  1. besar betui rupanya mascot upin ipin tu ye

    ReplyDelete
  2. bestnye..uitm every year join pameran nih tp this time tak join sbb buat kat jb. syoknyer jmpa upin ipin..eh dah mcm amie pulak hehehe

    ReplyDelete
  3. danish jumpa dafi la..tersengih2 je dier bergambar ngan artis.

    ryan tu macam takut je ngan maskot upin ipin. mesti takut tengok selipar jepun diaorg besar kan.hihihi

    ReplyDelete
  4. kalo my nuha tu mesti tanak balik jumpa ipin :)

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing your info. I truly appreciate your efforts and
    I am waiting for your further write ups thanks once again.

    ReplyDelete