Nuffnang Ad

Friday 20 May 2011

Majlis Aqiqah

Cuti hari Wesak lepas, Kak Nyah buat kenduri anaknya, Ily. Mulanya nak buat weekend tapi tak jadi, masing ada hal so terpaksa buat Wesak nie. Majlis yang simple aje, high tea so tak perlulah nak kecah sibuk masak semua. Before pergi, singgah jap kedai mamak, belikan kek nie as buah tangan. Daddy Jack perli siap perli I lagi, katanya kalau di Adelaide, gigih nak masak pergi rumah orang, kat sini malas..bukan malas, tapi dah lambat.

Antara juadah minum petang yang disediakan, simple aje majlisnya pun

Roti jala, yang dijala oleh maid Kak Nyah.

Makan roti jala dengan kuah durian, mmg sangat sedap

Selain roti jala, ada juga tat telur dan kekyang I beli tadi. Selain dari ini, ada juga disediakan hidangan laksa Pahang, I tak sempat nak ambil gambarnya, hehehehe terlupa.

Selain dari makanan itu, kambing golek juga ada disediakan. Since anak Kak Nyah kan lelaki so wajib dikekahkan 2 ekor tapi untuk majlis ini hanya seekor dibuat dahulu sebab lagi seekor akan diaqiqahnya di Kemboja selepas Hari Raya nanti.

I ada terperasan, org yang menjadi tukang bakar kambing nie pakai baju Australia and pulak tertulis Adelaide di bajunya I pun boraklah dengan die. Rupanya Abang nie pernah kerja di Adelaide selama 6 tahun, as a chef hotel di Adelaide dan tinggal di Golden Grove. Banyak jugalah yang kami sembangkan sementara menunggu kambing masak.

Jemputan pun tak ramai, kawan-kawan Kak Nyah and family terdekat aje. Bila dah jumpa family terdekat pun dah riuh mcm sekampung yang datang.

Sedap kombinasi kambing golek, baked potatos and coloslaw dimakan bersama black pepper sauce. Ayah macam tak berapa puashati tengok majlis Kak Nyah nie, maybe sebab Ayah rasa jemputan tak ramai and makanan pun macam kurang sikit so Ayah decided nak buat balik majlis Aqiqah dan cukur jambul untuk anak Kak Nyah and Abby, kali nie besar-besaran la sikit. Masaklah adik-adik I nanti nak menyediakan bag untuk para tetamu.

2 comments:

  1. erm..yummy laa...

    ReplyDelete
  2. Wanda
    Memang pun, tak berapa nak makan sangat sebab dok layan saudara mara aje

    ReplyDelete