Nuffnang Ad

Friday, 28 September 2012

Family trip -Melbourne again

Memang ada plan nak ke Melbourne lagi, cos Daddy Jack ada hal sikit di Melbourne hujung bulan 8 so dah alang-alang Along and family datang so kita pun pergilah beramai-ramai naik satu kereta. Lagipun from Melbourne nanti, Along akan drive ke Sydney pula untuk balik semula ke Malaysia. Perjalanan ke Melbourne kali ni berbeza dengan our first trip dulu. Masa first trip tak singgah mana-mana pun, so kali ni since dah ramai-ramai kenalah singgah untuk breakfast dulu, kan.Singgah breakfast di small town dan di dalam kesejukan. Makan pun cepat-cepat sebab dah mengigil dah sejuk.

Sepanjang perjalanan, kami melihat banyak bunga-bunga Canola yang digunakan untuk membuat minyak masak berbunga dengan lebatnya. The kids as usual, tak sudah-sudah dengan main game Ipad, tengok movie then makan and makan lagi. Cuaca pun agak mendung aje sepanjang perjalanan.

Sepanjang memandu ke Melbourne ni, berhati-hati juga takut ada kanggaru melintas jalan and tak sempat nak break kena langgar pulak. Ada juga my Adelaide's gang yang yang terlanggar kanggaru tapi tu die bawa waktu malam, mmg gelap and tak perasan la cik kanggaru melintas secara tiba-tiba. Perjalanan we all kali ni ikut jalan persisir laut sebab nak singgah Great Ocean dulu. tu yang jadi agak jauh and lama sikit duduk dalam kereta. Alhamdulillah, merasa juga tengok sunset di Great Ocean Road.

Thursday, 27 September 2012

Dah tentu ke tempat ini

Bila ada saudara mara yang datang melawat we all di Adelaide nie, nilah antara tempat yang sering dibawa, Gorge Wildlife Park. Kat sini boleh cuddle koalas and juga feed the kanggaroos tak sama macam others wildlife park yang ada tu tak boleh cuddle and kena bayar but here is free, cuma kena bayar entrance fees ajelah.

We all sewa kereta besar terus so senang nak angkut semua sekali, tak payah guna 2 kereta. Sebelum sampai ke Gorge Wildlife Park, singgah dulu ada satu dam kat tepi jalan tu untuk bergambar.

Dah berapa kali pergi sini pun Danish masih takut-takut lagi nak bergambar dengan koalas. Ryan dah tentulah taknak sebab tak berani nak bagi die pegang koala tu takut dilepaskan pulak.

Ryan berani sikit feed the kanggaros instead of Danish yang doklah terjerit-jerit mengalahkan perempuan aje.

Dah lama-lama sikit, barulah Danish memberanikan diri untuk memberikan makan pada kanggaru.


Dah tiba untuk lunch, so kita carilah mana-mana park untuk buka bekalan. Satu pengalaman yang baru bagi Kak Ida bila kita cakap nak buat BBQ at park sebab katanya kat UK, kalau nak BBQ kat park kena bawa the alatan semua tapi sini tak payah, kita just bawak the meats and ada disediakan tempat bakarnya sekali. Syok lah gitu, kan.

Lepas lunch, we all bergerak pula ke The Toy Factory, nak tunjukkan the biggest rocking horse in the world pada Along dan juga anak-anaknya.

Boleh naik the rocking horse ni tapi me and Daddy Jack tak mahu dah sbb dah selalu naik atasnya. So we all duduk bawa sambil layan chips and coffee aje di bawah, sedap makan benda yang panas-panas dikala cuaca sejuk mcm ni.

Wednesday, 26 September 2012

St Kilda Park pula

Dalam itenerari Daddy Jack untuk abangnya memang nak bawa the kids ke big playground ni di St Kilda. Along pun datang Adelaide tak mahu jalan-jalan ke shopping malls semua, nak bawa anak-anaknya enjoy aje. So St Kilda adalah pilihan yang tepat. St Kilda ni terletak di tepi laut so banyaklah burung-burung yang ada disini. Kebetulan pula we all ada roti-roti yang hampir expired so kenyang la burung-burung ni makan roti yang we all bagi tu.

Sebelum nak main all the mainan, kena paksa makan breakfast dulu. Nanti syok main, makan pun tak lalu. Semua dipaksa makan, then baru boleh main.


I ditugaskan untuk menjaga makanan di pondok rehat sebab takut cik burung-burung curi pulak. So sambil menunggu, sempatlah feed the birds with si kerinting. 




Seronok nampak semuanya. Dengan cuaca yang elok, warm and sunny. Taklah mengigil sejuknya.  Bila masuk kereta nak balik, semuanya penat and tertidur.



Along's Vacation Trip

Seminggu raya, we all mendapat kunjungan dari keluarga di Malaysia. Abang Daddy Jack dan keluarga datang melawat we all di Adelaide ni. Mereka datang melalui Sydney, lepas sana for about 2 days then flew off to Adelaide. Kebetulan masa they all sampai tu, we all ada undangan kenduri so ajak mereka sekali untuk merasa masakan di Adelaide ni. Lepas aje makan kenduri, we all bergegas pula ke City sebab on weekend, City tutup pukul 5, bawa ke Central Market juga manalah tahu nak cari souvenir.

 Lepak-lepak kejap di Rundle Street, kebetulan ada street performance for kids tu yang lama tunggu sampai habis. Mulanya tak ramai yang tengok, alih-alih penuh pulak dengan kanak-kanak.

Seronoklah Danish and Ryan bila ada sepupu mereka, Johan and Aiman. Nampaklah happy ada yang datang melawat mereka disini. Ada kawan bermain dan bergelak ketawa. Perasan tak gambar hujung sekali tu? Ada 2 teenagers Aussie yang turut sama seronok menonton puppet show tu, nampak sangatlah macho dengan tatto semua tapi layan puppet show, tak tahan tu siap buat apa yang Mr Puppet tu suruh menari-nari lagi. Lawak la pulak tengok gelagat mereka.

We all naik bawa Along and family merasa naik tram di Adelaide ni. We all pun dah lama tak naik tram kalau ke City ni, selalu bawa kereta and parking kat City terus sbb kalau pergi City bukannya lama, parking pun kena dalam AUD11 untuk 2 jam aje.

Syoklah Danish bila Pak Long, Mak Long serta Johan and Aiman datang tengok dia training. 

Tuesday, 25 September 2012

Beraya bersama Adelaide's gang

Masih tak lambat rasanya nak post psl Raya, kut. Entah la, banyak benda dibuatnya sampai terlupa nak cerita pasal beraya bersama kawan-kawan di Adelaide ni. Pagi Raya, after sembahyang raya, we all bergegas ke rumah Hai. Tahun ni, rumah Hai menjadi tumpuan my Adelaide's gang untuk berkumpul after sembahyang raya. Masa we all sampai, tak ramai lagi yang sampai. Banyak makanan dah terhidang diatas meja antaranya nasi dan juga gulai daging. Husband Hai, Idris memang terror buat gulai daging ni. Bila diselidik, rupanya Cik Deris orang Kedah, patutlah sedap gulai dagingnya.

On 2nd Raya, dapat undangan from Abang Syed dan Kak Yat sekeluarga untuk beraya dirumahnya. Lepas Daddy Jack balik from Uni, bergegas la ke rumahnya.
Banyak makanan yang terhidang di atas meja, ada nasi beriani Singapore, rendang daging dan ayam, nasi impit, kuah kacang dan macam-macam juadah lagi. Bila tetamu datang, makin bertambahlah makanannya sebab tetamu datang membawa makanan sekali. Mak aii, sengkak sungguh perut I malam tu, makan macam-macam makanan. Tak cukup dengan makanan, tetamu dihidangkan pula dengan aiskrim sebagai
Seterusnya beraya di rumah Dr Kamarul and Kak Nana pulak dimana we all dijamu dengan nasi beriani dan juga mee bandung Muar yang super duper sedap. Adoiiii la, mana la tak gemuk bila beraya di Adelaide ni. Dulu sebelum pergi Adelaide, rasa macam ada ker peluang nak merasa makanan sedap-sedap macam di Malaysia, rupanya ada aje makanan yang sedap-sedap kalau bertandang ke rumah my Adelaide's gang ni. Macam-macam kepakaran rupanya.
Masa hari Along sampai di Adelaide ni, we all ada jemputan ke Majlis Aqiqah dan juga Rumah Terbuka Dr Azarisman dan Kak Rin. Since we all ada tetamu, minta kebenaran pihak tuan rumah untuk bawa sekali tetamu kami itu. Majlis dibuat di dewan salah sebuah sekolah di Adelaide ni, sungguh selesa dan siap ada dapur lagi. Makanan pun sama, melimpah ruah dengan lamb, mee goreng, ayam BBQ dan macam-macam jenis kuih lagi. We all tak duduk lama disini sebab nak bawa Along jalan-jalan ke City pulak.
Sebelum kami berangkat ke Melbourne, Kak Has and Abang Safizul menjemput kami pulak ke rumahnya. Katanya we all nanti tak sempat untuk ke birthday party anaknya so buatlah untuk kami dulu. Terharu sungguh. Since dah tak lalu dah nak makan rendang and nasi impit, kali ni mmg best..disajikan dengan nasi putih dan lauk asam pedas...Ohhh I memang berhantu dengan asam pedas ni, nak belajar buat dengan pakar-pakar disini like Kak Shidah yang terror dengan asam pedas Melakanya, oh sangatlah sedapnya. Tunggu Kak Shidah free sikitlah, sekarang ni sedang berhempas pulas menyiapkan thesisnya.





Monday, 24 September 2012

Duit raya


Tahun ni we all ada rezeki lebih sikit, so decided untuk memberi duit raya kepada anak-anak di Adelaide yang datang berkunjung ke rumah kami masa open house nanti. Duit raya we all minta Ibu tolong tukarkan and hantarkan sekali dengan angpau duit raya. Tambah menarik bila duit raya baru pulak tu.


Tugas masukkan duit raya dalam sampul diberikan kepada the boys, dah lama tak suruh they all masukkan duit raya. Tahun lepas, dah tolong masukkan duit raya, bukan dari kami tapi Ayah yang nak diberikan kepada budak-bidak yang datang beraya di rumah Kuantan.


Duit and sampul duit raya


Tangan sibuk masuk duit, mata mengadap TV. Takut pulak ada yang terkurang dari yang sebelumnya.

Udahnya, I yang kena settlekan semuanya.

Thursday, 20 September 2012

Raya datang lagi...majlis 2 in 1

Dikesempatan majlis open house ini juga, sempatlah membuat surprise birthday celebration untuk Daddy Jack. Masa birthday lepas, we all kat Melbourne so tak sempat nak sambut pun. Kesian, kan. Bukannya tak sempat sebab tak ingat tapi dok berjalan sana sini ke Melbourne tu so rasa kelam kabut sangat. So, bila nak buat majlis mcm ni, terasalah kemeriahannya. Kek ni pun I minta tolong Hai yang belikan sebabnya kalau I yang belikan, nampak sangatlah tak surprisenya, kan.

As always, bila ada majlis potong-potong kek ni, my kerinting la antara yang sibuknya.

Sorry lah Daddy Jack, lambat pulak nak celebrate birthday you kali ni. Hope you like our small celebration for you, yer.

Semuanya malu-malu nak nanyikan lagu birthday untuk Daddy Jack, yer la nanyikan lagu untuk org tua, so rasa janggal aje, kan.

Seronok anak-anak Adelaide's gang bila dapat makan cake

We all pun dah lama tak makan cake ni, rasanya last makan cake sponge from CheeseCake house ni masa birthday Danish rasanya. Hmm, lepas ni birthday Ryan pulak, so order cake dari kedai yang sama lah jugak jawabnya.

Wednesday, 19 September 2012

Raya datang lagi...Juadah hasil air tangan ku

I cannot believe in myself before, boleh ke nak masak untuk tetamu yang ramai ni? Sebelum ni masa birthday Danish minta Liza Nizam yang tolong masakkan nasi and kari kambing tapi since Liza masih beraya di Malaysia, kenalah cuba buat sendiri. Lagipun Daddy Jack cakap cuba ajelah, tak payah minta tolong org dulu, kalau rasa tak boleh baru kita asked for helping hands.

My kuih raya, sempat buat dua jenis aje, tart nenas and chocolate chips cookies. Tart nenas tak sempat nak dirasa oleh my Adelaide's gang sebabnya dah selamat dimakan oleh kami anak beranak aje, nak membuatnya kembali malas. So bila Ibu tahu, dikirimkannya kuih raya like tart nenas, mama kerry, almond london serta bahulu untuk anak menantu serta cucunya disini. Terima kasih, Ayah dan Ibu. Ingat juga pada kami raya-raya nie yer selain kirimkan baju raya. Muruku tu beli disini aje, kebetulan ada kedai yang menjual..Made in Malaysia lagi.

Menu my open house kali ini Taste of Johor, so antaranya Laksa Johor. Nak buat laksa johor ni kalau ikutkan resepi asalnya menggunakan ikan parang, so selamat ikan parang tak ada di Adelaide, kalau tak maunya menangis sorang-sorang nak asingkan tulangnya. So guna ikan mackerel ataupun ikan tenggiri aje pun dah memadai. Pergi CM untuk cari ikan fresh cos I tak pandai nak buat guna ikan dalam tin. Takut tak jadi.

Alhamdulillah, menjadi jugak laksa johor ku ini, Laksa Johor ni memang sedap tapi nak membuatnya agak rumit sikit, especially tang ulam-ulamannya. Timunnya bukan jenis hiris panjang macam style laksa Penang, tapi kena bergulung-gulung. Lepas tu, daun kesum pun kena hiris halus-halus..huhuhuhu. Mujurlah ada jiran terdekat, Ummi yang dapat membantu..kalau tak mahunya pengsan dibuatnya. Satu lagi is the spaghetti, nak kena dibulatkan atau dalam erti kata lain, chapkan nya masa tengah panas-panas tu.


My dessert section. I ni dok la kelam kabut tak sempat lah nak buat cake so main beli ajelah. Yer la tak ada kek di rumah terbuka, kan tapi tak sangka la pulak, my guests siap datang bawak macam-macam tu, penuh jugaklah meja dessert ni dengan pelbagai jenis pencuci mulut.

We all teragak-agak jugaklah nak buat gerai ABC nie sebab cuaca tak menentu, kejap mendung then hujan. Adakalanya panas pulak so tunggu hari Jumaat la nak tgk cuaca on Sunday tu, kalau cuaca elok and sunny bolehlah buka gerai ABC, and bila tgk cuaca ok, so jadilah kami buka gerai ABC nie. Tak siapkan banyak filling pun, just basic ones aje like jagung, kacang merah, kacang tanah, cincau, syrup and gula melaka aje.

Mesin ABC yang we all beli on Sabtu sebelum majlis. Itupun dah tinggal last kopek, from AUD55 dapatlah kami AUD33 sebab display set, then tawar lagi sebab dah tak ada kotaknya pun. Tu la yang bagusnya beli barang elektrik di Adelaide ni, boleh tawar menawar lagi. We all pulak mencari mesin ABC yang boleh gunakan ais yang ketul-ketul tu, ada sesetangah mesin ais yang kita kena buatkan ais ikut acuannya. Tak mahu yang itu, mcm leceh aje..mujurlah jumpa, walaupun display set. Kalau gamak rasa mcm tak suka, belilah lain pulak.


I berjaya memasak 5kg nasi beriani, walaupun terasa macam nak patah pinggang dibuatnya. Mujurlah pinjam periuk nasi elektrik yang besar, kalau tak berjenuhlah nak masak sikit-sikit pakai periuk nasi biasa ni.

Selain nasi beriani, I juga buat Kari Dalsa serta acar buah untuk tetamu. Nasi beriani tu dah dimasak bersama daging didalamnya. Selain dari tu, ayam bbq juga dimakan bersama dengan nasi. Tak lupa papadom pun ada juga.

Entah kenapa teringin pulak nak makan Rojak Buah setelah ternampak mangga muda di Asian Groceries, and juga buah betik kat Fruit Vege. So, menambah lah lagi satu menu..Rojak buah. Buah-buah ni pun Ummi yang tolong potongkan.

Ayam BBQ yang we all sediakan hanyalah 12kg tapi rasa tak cukup, tapi kerana memikirkan banyak sgt dah menu, so we all rasa cukuplah kut, kang banyak-banyak takut membazir pulak.

Mujurlah ada Ika and Najlah yang membantu menyiapkan order-order ABC dari para tetamu yang tak putus-putus datang.

Keletihan Najlah dibuatnya melayang karenah pelanggannya yang bagai-bagai

Cheesecake from Kak Azie. Daddy Jack pengemar Cheesecake ni so tempahlah satu from Kak Azie. I tak berapa gemar sgt cheesecake ni, rasa macam muak bila makan walaupun sikit.