Nuffnang Ad

Monday 17 September 2012

Persiapan rumah terbuka

Dah seminggu berlalu majlis open house kami di Adelaide ni, kali ni baru berkesempatan nak bercerita. Majlis ini telah dirancang 2 minggu sebelum berlangsungnya majlis ini, so persiapan pun dibuat seminggu sebelum majlisnya.

My kerinting ni sibuk nak suruh buat kuih raya, padahal sebelum raya dah mencuba membuat kuih tart tapi 2 hari aje dah selesai kuih raya tu. Lepas tu Ibu pun ada hantar beberapa jenis kuih raya, so buat la jugak sejenis sebab bangun pagi pun dah bising tanya bila nak buat kuih raya.

I decided nak buat kuih yang senang aje, tak mahu pakai rolling pin semua, leceh jadinya so I bancuh all the ingredients, then nak siap, baruklah ajak Ryan buat sama-sama.

Mula tu kata nak tengok aje, Mummy aje yang buatlah...pastu lama-lama tangan pun dah gatal so buatlah sama-sama. Kuih apa yang we all berdua buat ni?

Hehehehe, kita buat kuih senang ajelah, Chocolate Chips Cookies. Tak payah sibuk nak terap bagai, main golek-golek aje guna tangan and sudu.

Jadilah hasil tangan kami berdua beranak di dapur.

2 hari sebelum majlis, we all decided nak tambah menu baru pulak, BBQ. Selama ni pergi beraya di rumah member-member belum ada yang buat sessi BBQ nie so we all nak buatlah, satu kelainan dari yang lain. Lagipun menu yang we all buat mmg tak adalah nasi impit, rendang, kuah kacang semua. Naik jemu pulak makan itu aje.

So, Jumaat tu we all bergegas ke sana sini mencari bahan-bahan kering dan basah untuk dimasak masa open house nanti. Alhamdulillah, semua yang dilistkan ada aje sebab takut jugak bahan utama di dalam salah satu menu utama tu tak ada, tak tahulah mana nak carinya.

Hmm, sebelum majlis busy dok ke sana sini mencari bahan untuk dimasak, lepas majlis busy jugak, busy mengemas segala peralatan memasak. Mujurlah cuaca pun panas, so keringlah semua pinggan mangkuk, periuk belanga dijemur di backyard, tak perlu nak lap satu-satu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

4 comments:

  1. salam sis,
    gambar majlis takde ke? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kniedaz
      Tunggu yer, ada aje..kena buat sikit-sikit sebab banyak gambarnya

      Delete
  2. tak sabar nak tgk apa yg gina masak.

    ReplyDelete