I cannot believe in myself before, boleh ke nak masak untuk tetamu yang ramai ni? Sebelum ni masa birthday Danish minta Liza Nizam yang tolong masakkan nasi and kari kambing tapi since Liza masih beraya di Malaysia, kenalah cuba buat sendiri. Lagipun Daddy Jack cakap cuba ajelah, tak payah minta tolong org dulu, kalau rasa tak boleh baru kita asked for helping hands.
My kuih raya, sempat buat dua jenis aje, tart nenas and chocolate chips cookies. Tart nenas tak sempat nak dirasa oleh my Adelaide's gang sebabnya dah selamat dimakan oleh kami anak beranak aje, nak membuatnya kembali malas. So bila Ibu tahu, dikirimkannya kuih raya like tart nenas, mama kerry, almond london serta bahulu untuk anak menantu serta cucunya disini. Terima kasih, Ayah dan Ibu. Ingat juga pada kami raya-raya nie yer selain kirimkan baju raya. Muruku tu beli disini aje, kebetulan ada kedai yang menjual..Made in Malaysia lagi.
Menu my open house kali ini Taste of Johor, so antaranya Laksa Johor. Nak buat laksa johor ni kalau ikutkan resepi asalnya menggunakan ikan parang, so selamat ikan parang tak ada di Adelaide, kalau tak maunya menangis sorang-sorang nak asingkan tulangnya. So guna ikan mackerel ataupun ikan tenggiri aje pun dah memadai. Pergi CM untuk cari ikan fresh cos I tak pandai nak buat guna ikan dalam tin. Takut tak jadi.
Alhamdulillah, menjadi jugak laksa johor ku ini, Laksa Johor ni memang sedap tapi nak membuatnya agak rumit sikit, especially tang ulam-ulamannya. Timunnya bukan jenis hiris panjang macam style laksa Penang, tapi kena bergulung-gulung. Lepas tu, daun kesum pun kena hiris halus-halus..huhuhuhu. Mujurlah ada jiran terdekat, Ummi yang dapat membantu..kalau tak mahunya pengsan dibuatnya. Satu lagi is the spaghetti, nak kena dibulatkan atau dalam erti kata lain, chapkan nya masa tengah panas-panas tu.
My dessert section. I ni dok la kelam kabut tak sempat lah nak buat cake so main beli ajelah. Yer la tak ada kek di rumah terbuka, kan tapi tak sangka la pulak, my guests siap datang bawak macam-macam tu, penuh jugaklah meja dessert ni dengan pelbagai jenis pencuci mulut.
We all teragak-agak jugaklah nak buat gerai ABC nie sebab cuaca tak menentu, kejap mendung then hujan. Adakalanya panas pulak so tunggu hari Jumaat la nak tgk cuaca on Sunday tu, kalau cuaca elok and sunny bolehlah buka gerai ABC, and bila tgk cuaca ok, so jadilah kami buka gerai ABC nie. Tak siapkan banyak filling pun, just basic ones aje like jagung, kacang merah, kacang tanah, cincau, syrup and gula melaka aje.
Mesin ABC yang we all beli on Sabtu sebelum majlis. Itupun dah tinggal last kopek, from AUD55 dapatlah kami AUD33 sebab display set, then tawar lagi sebab dah tak ada kotaknya pun. Tu la yang bagusnya beli barang elektrik di Adelaide ni, boleh tawar menawar lagi. We all pulak mencari mesin ABC yang boleh gunakan ais yang ketul-ketul tu, ada sesetangah mesin ais yang kita kena buatkan ais ikut acuannya. Tak mahu yang itu, mcm leceh aje..mujurlah jumpa, walaupun display set. Kalau gamak rasa mcm tak suka, belilah lain pulak.
I berjaya memasak 5kg nasi beriani, walaupun terasa macam nak patah pinggang dibuatnya. Mujurlah pinjam periuk nasi elektrik yang besar, kalau tak berjenuhlah nak masak sikit-sikit pakai periuk nasi biasa ni.
Selain nasi beriani, I juga buat Kari Dalsa serta acar buah untuk tetamu. Nasi beriani tu dah dimasak bersama daging didalamnya. Selain dari tu, ayam bbq juga dimakan bersama dengan nasi. Tak lupa papadom pun ada juga.
Entah kenapa teringin pulak nak makan Rojak Buah setelah ternampak mangga muda di Asian Groceries, and juga buah betik kat Fruit Vege. So, menambah lah lagi satu menu..Rojak buah. Buah-buah ni pun Ummi yang tolong potongkan.
Ayam BBQ yang we all sediakan hanyalah 12kg tapi rasa tak cukup, tapi kerana memikirkan banyak sgt dah menu, so we all rasa cukuplah kut, kang banyak-banyak takut membazir pulak.
Mujurlah ada Ika and Najlah yang membantu menyiapkan order-order ABC dari para tetamu yang tak putus-putus datang.
Keletihan Najlah dibuatnya melayang karenah pelanggannya yang bagai-bagai
Cheesecake from Kak Azie. Daddy Jack pengemar Cheesecake ni so tempahlah satu from Kak Azie. I tak berapa gemar sgt cheesecake ni, rasa macam muak bila makan walaupun sikit.
Wahhhh....memang tabik spring sebab you guys berjaya buat open house with so many different main dishes! especially berjaya masak laksa johor yg rumit plus nasi briyani yg jugak rumit tu at the same time.
ReplyDeleteNampak semua food sedap2 belaka :-)
Kak LG
DeleteIngatkan nak buat label mcm akak tu, tapi tak terdaya rasanya dah. Terima kasih Kak LG diatas komen akak tu. Terharu saya dibuatnya.
sedapnya nampak laksa johor tu..kty dah lama nak buat..tp lom ada kesempatan lagi.
ReplyDeleteBoleh tahan la jugak rumitnya nak buat laksa Johor tu kak, mujurlah pakai ikan tenggiri aje, kalau kena pakai ikan parang, maunya terduduk dibuatnya
DeleteWah...banyaknya menu...rasa seronok kan kalau kita berjaya memasak untuk para tetamu hehe
ReplyDeleteMemang puas bilka tetamu cakap, sedap and menu yang lain dari yang lain..berbaloi jugaklah tidur hanya 3 jam aje.
Delete