Tiba-tiba I dikejutkan dengan berita adik I, Hannan dimasukkan ke Ampang Puteri sebab mengadu kakinya bengkak sampai tak boleh jalan. Ibu dan Kak Nyah yang bawa ke emergency then terus admitted sebab demam pun ada juga. Dah berhari-hari duduk APSH then Jumaat lepas baru lah Dr buat minor surgery, keluarkan air di lutut.
Kemuadian, Ahad lepas after dah keluar from APSH, kaki Hannan masih sakit lagi, bengkak lagi. Menangis la pagi-pagi tu menahan sakit so Ibu pun terus call ambulans sebab dah tak boleh nak jalan, kali ni ke Columbia Hospital pula di Setapak.
Teruslah admitted balik, bestlah dapat hospital baru. Semuanya mcm hotel. Service pun masih tip top lagi. Layanan mmg best, kata Ibu.
Tunggu Dr pun tak lama juga, mcm Ampang puteri sebab Drnya busy nak handle mcm-mcm kes lain.
Pagi tu Ibu ditemani oleh my BIL dan juga Uncle cos Ayah masih di Kuantan, baru on the way nak balik KL after ada occasion di sana.
Dr yang merawat Hannan, Dr Shamsul Iskandar, pakar tulang disini.
Dr menerangkan dengan jelas apa yang terjadi pada kaki Hannan tu. Menurut Dr, koyakan tisu muscle mmg dah banyak tu yang menjadikan bengkak tambahan pula Hannan aktif main futsal so Dr kata, maybe terpaksa melupakan hasrat untuk bermain futsal lagi. Kesian Hannan !.
After buat MRI, Dr suggest terus buat operation semalam dalam pukul 4pm. So kena mula berpuasa dari pukul 9pg.
Bersedia untuk masuk ke OT Room. Sedih bila tengok gambar ini, sedih tak ada bersama-sama Hannan di waktu-waktu mcm ini.
Ibu cakap waktu ambil gambar ni, tahankan aje air mata tapi tak sanggup...gugur jugak air mata. Tak putus-putus I berdoa dari sini agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.
After 3 jam dalam OT, and I pun dah terlelap sekejap so tgk Ibu hantar gambar ini dan beritahu semuanya telahpun selamat. Terima kasih kepada Dr Shamsul Iskandar dan juga pasukannya kerana merawat Hannan.
Ayah after meeting terus bergegas ke hospital. So far, Ibu cakap Hannan dah okay cumanya malam tadi asyik muntah sebab perut kosong tak makan, then ada pulak gastrik. Pagi ni katanya muntah dah kurang, perut pun tak sakit lagi. Get well soon, Hannan. Nanti nak datang Adelaide lagi.
No comments:
Post a Comment