Sabtu pagi lepas, dalam pukul 12 tgh malam we all bergegas ke Emergency di WCH after malam tu Ryan menangis-nangis cakap his birdy sakit. Dia kan baru lepas bersunat so takutlah ada bengkak after main bola di padang petang Jumaat tu. Dengan suasana yang sejuk so we all menuju ke WCH, mujurlah orang tak ramai, ada 3 family aje yang menunggu. Ingatkan sekejap ajelah menunggu di Emergency tu sekali sampai 4 jam we all kena tunggu, then jumpa Dr pun tak sampai 30 minit. Dr pun tak tahu apa masalahnya cos katanya birdy Ryan looks okay, tak nampak bengkak ataupun luka. Tapi if anything happened lepas tu kena cepat-cepat dtg balik. I berdoa agar tak jadi apa-apa cos takj nak lagilah tunggu lama disini. Alhamdulillah, lepas tu okay aje. Menurut kawan-kawan yang tahu serba sikit hal bersunat ni, maybe Ryan mcm rasa ngilu untuk kencing ataupun rasa lain bila jahitannya dah lurut dengan sendirinya.
Malam Sabtu tu juga, AJK MyPSA membuat majlis makan malam untuk pegawai imigresen Malaysia yang datang untuk membuat program mobile di Adelaide. Program mobile ini untuk memudahkan rakyat Malaysia di Adelaide untuk membuat segala urusan berkenaan dengan imigresen mcm renew passport, surat beranak dll tanpa perlu ke Melbourne atau Canberra. Mujurlah dinner tu we all tak masak, masing-masih ahli AJK yang lain berpakat-pakat masak then just makan aje di rumah I, kalau tak dengan sibuk dengan Ryan maunya pengsan dibuatnya. Alhamduliilah, makanan semuanya sedap-sedap dan ada berbagai makanan yang baru.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, makanan pun banyak habis dan sedap-sedap. Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir pada malam itu terutamanya kepada Nawal, Pegawai Imigresen yang merupakan kawan satu Uitm dulu. Ini tahun terakhir Nawal di Australia, cos awal tahun depan dah nak balik untuk berkhidmat di Malaysia balik.
No comments:
Post a Comment