Nuffnang Ad

Wednesday, 29 May 2013

Autumn in Mount Lofty

Lepas berpicking strawberry, we all decided untuk berpicnic pulak di Mount Lofty Botanical Garden untuk menikmati pemandangan yang cantik di sana. I pun tak pernah sampai lagi disini tapi some of my geng cakap bila autumn memang cantik pemandangan disini.

We all melepak di tepi bukit ni, sebab senang anak-anak nak main guling-gling dari atas turun ke bawah sambil mak pak duduk dibawah bersembang dan juga makan.

Sebelum main, perut kena isi dulu dengan pelbagai jenis makanan yang masing-masing bawa dari rumah. Bentang tikar, pasang kerusi memang terbaiklah makan walaupun cuaca agak sejuk.

Picnic versi orang Melayu di Adelaide, siap angkut esky, makanan pulak bukan sikit-sikit. Siap ada nasi goreng, rendang ayam, ketupat palas, ayam bbq, nasi putih, kari daging. Kalau tengok mat salleh punya picnic, just bawa sebuku roti, tuna dalan tin aje.

Masing-masing muka penuh ceria bila dah power up energy dengan pelbagai makanan. Haish, ini baru beberapa famili aje yang join, belum lagi beramai-ramai. Kalau tak, sure lagi banyak makanan yang ada.

Hah, now boleh berguling-guling main after makan. Mujurlah tak ada yang termuntah pulak sebab golek-golek perut dah penuh.

We all nak ke satu tempat lain pulak, so tak boleh nak lepak lama-lama sebabnya tempat tu tutup pukul 5 then lagipun takut gelap pulak. So we kemas-kemas, solat then menuju ke destinasi seterusnya.

I will miss this secenery next year, this is my last Autumn in Adelaide. If ada rezeki boleh berkunjung lagi ke sini. Insyallah.

My last autumn in Adelaide......
 

3 comments:

  1. Salam Gina, indahnya pemandangan tempat picnic tu. Kakpb pun suka lepak kwsn begini tapi anak kakpb pula beza minatnya:(

    ReplyDelete
  2. Bawah pokok berdaun merah tu la Kak Zie teringin nak bergambar... tapi hajat tak kesampaian, hujan masa kami pergi. Rindu pulak tengok gambar2 Gina jalan2 ni semua...

    ReplyDelete