Nuffnang Ad

Tuesday 3 December 2013

Bersanding

Lamanya tak update blog. Busy sesangat, kadang tu tak tahu apa yang dibuat selama satu hari, tahu-tahu dah malam then tidur, bersambung pulak keesokan harinya. Ok, sambung cerita perkahwinan Kak Cik lagi yer. Hari bersandingnya berjalan di rumah aje, kebetulan depan rumah Ayah ada kawasan padang yang luas so buat ajelah disitu. Doorgift untuk tetamu VVIP yang datang nanti.

Bunga telur VVIP bila acara merenjis pengantin di pelamin

 Pelamin yang telah tersedia untuk menerima pengantin, simple but nice.

 Khemah untuk tetamu yang juga telah disediakan, hanya menantikan kehadiran tetamu sahaja.

Majlis juga diserikan dengan live band daripada anak-anak muda sekitar kampung. Antara penyanyi yang menyumbangkan suara Yusni Hamid dan juga Nasser Wahab.

Para pekerja menjamu selera dulu sebelum memulakan tugas masing-masing.

Abang-abang yang ditugaskan untuk menggoreng ayam berempah. Sporting sungguh bila diminta senyum di kamera.
 
Pekerja-pekerja memastikan nasi yang dimasak elok, tak mentah serta menepati kualiti yang ditetapkan.
 
Gulai kawah, signature dish orang kahwin di belah Pantai Timur ni


Ketibaan antara salah seorang VVIP, Tengku Puan Pahang.

Disebabkan menunggu ketibaan VVIP Utama yang belum tiba lagi, so Tengku Puan masuk ke dalam rumah dulu.

Pengantin pun dah bersedia menunggu ketibaan pengantin lelakinya dan seterusnya berarak menuju ke pelamin.

Tengku Puan Pahang yang begitu humble orangnya. I suka tengok lifestylenya yang begitu mesra dengan rakyat, tak segan silu memasak di dapur, malahan anak-anaknya pun turut sama diajar untuk kerja didapur.

Pengantin di atas pelamin

Selesai majlisnya, keberangkatan pulang Sultan Pahang yang sentiasa mesra dengan rakyatnya.

Tengku Puan Pahang yang men[mberikan beberapa tips rumahtangga kepada raja sehari.

Tuanku yang sentiasa bertanyakan khabar berita rakyat yang datang bersalam dengannya, tak kira tua atau muda.

Tetamu masih lagi ramai, walaupun dah hampir pukul 3 petang, namun makanan masih banyak lagi.

Bermakna sungguh kenduri kali ini bila my Adelaide's gang datang bertandang juga. Seronok Danish dan Ryan bila dapat berjumpa dengan Aqil dan Yaya yang hampir 9 bulan tak berjumpa.
 
I pun seronok juga dapat berjumpa dengan Kak Azie serta Kak Norra yang sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan Kak Cik ini. Terubat rindu untuk bersembang macam di Adelaide dulu. Sebelum itu Kak Nana dan Kak Ros pun datang juga tapi tak sempat nak ambil gambar bersama. 


8 comments:

  1. meriahnnyer....besar kenduri..pelamin pun cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rizziela, pelamin mmg cantik, simple but elegant

      Delete
  2. hamboiii meriahnya...
    cantik pelamin tu... err..mana lg lawa compared tu pelamin gina dulu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha, pelamin dulu dengan kerusi gedabak tu

      Delete
  3. Cantiknya khemah ngn pelamin
    raja pun mesra rakyat..suka sgt tgk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak Atty, mmg mesra sangat Sultan dengan rakyatnya

      Delete
  4. Wah...besar kendurinya ye gina....sultan phg dtg tu.....majlis oun meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah dengan kehadiran orang kampung yang datang dengan anak pinak serta saudara mara

      Delete