Nuffnang Ad

Wednesday 8 January 2014

Persedian ke sekolah

Dah hampir seminggu sesi persekolahan di Malaysia berjalan tapi I ni baru nak terhegeh-hegeh update pasal persekolahan anak-anak. Ya Rabbi sibuknya, terkejar sana sini mmg tak larat. Now puh tgh sibuk pindah rumah segala so mmg semua agak huru hara sikitlah. Persiapan sekolah anak akhirnya mendapat keputusan muktamad middle of December 2013, so lepas tu terus pergi beli buku teks. Tengok buku teks untuk Darjah 3 rasa macam nak nangis, boleh Danish kejar apa yang dia tertinggal dulu, bukan setakat 2-3 minggu tapi 2 tahun since Darjah 1. Hopefully Danish boleh buat apa yang termampu and I akan carikan cikgu yang terbaik untuknya buat revision.

Kononnya nak tunjuk terror buat sticker sendiri, dah siap masa 1st January tu dengan confident nak pi kedai Achik untuk print. Sekali lalu depan kedainya ambik ko tutup sempena cuti tahun baru so mana ada kedai bukak. Mujurlah ada DYMO ni so gunalah buat label sementara untuk buku teks dan juga buku latihan Danish.

Akhirnya siap juga sticker nama Danish yang dibuat special oleh we all, macam nak bagi semangat sikitlah pada dia untuk pergi sekolah. Danish kan peminat setia Mand United so buatkan gambar dia memakai baju jersey Man U nya itu.
 
Pagi-pagi lagi Daddy Jack dah bangun untuk siapkan pakaian sekolah anak-anaknya, while me incharge di bahagian dapur menyediakan makanan semua.

I suruh Danish mempraktikkan apa yang dah dibuat selama ni masa duduk di Adelaide, bawa bekal pergi sekolah. Mulanya Danish sibuk nak duit belanja tapi bila I cakap nanti tak reti nak tahu baki duit so terus dia cakap okaylah, roti nutella and nugget will do.

Okay, segala persiapan telahpun disusun rapi malam sebelumnya, semua dah ready dengan kasut serta peralatan sekolah.

Keadaan pagi, dalam pukul 7. I thought nak terus pergi tapi Daddy Jack cakap macam awal lagi so nak singgah dulu rumah Ayah dan Ibu untuk jumpa mereka, then dalam pukul 730am baru gerak ke sekolah. Beberapa km sebelum sampai sekolah dah start sesak dah jalan bila semua orang sibuk menghantar anak-anak ke sekolah sempena hari pertama persekolahan.

First sekali we all hantar Ryan dulu, so lepas letakkan die kat kindy then we all pun hantar Danish ke kelas pulak. Alhamdulillah, Ryan okay aje nampaknya taklah rasa nak nangis atau muram aje, nampak dia happy aje.

Then we all menghantar Danish pulak ke kelas. I terlupa yang sekolah di Malaysia ni tinggi-tinggi so pakailah high heels sekali bila nak kena turun naik tangga , then ke sana sini sampai melecet kaki dibuatnya.

Masa rehat we all menunggu di kantin sekolah sambil menengok menu yang tersedia. Patutlah anak-anak Malaysia terlalu obes bila menu sekolah ada macam-macam jenis benda macam burger, hotdog, fried chicken dan macam-macam lagilah. Agak-agaknya berapalah mak ayah bagi duit belanja yer, seram pulak. So bila rehat on hari pertama tu, Danish pun terkejut tengok ramai sgt orang di kantin, beratir membeli makanan and terus suruh I siapkan bekalnya lepas ni, takut nak membeli.
 
 I ni rasa penat dah satu hari ke hulu hilir menguruskan hal anak-anak sekolah. Then after balik sekolah, singgah kejap rumah ibu untuk ambil beberapa barang. The boys ni pantang sungguh bila cakap nak pergi rumah Ibu sebab mereka seronoklah sebab ada geng main bola. Budak-budak ni sungguh kuat stamina mereka, seharian di sekolah then boleh tambah lagi main bola pulak.

2nd Day, Jumaat pun we all masih menghantar anak-anak sampai depan pintu lagi tapi kali ni Ryan minta hantar Danish dulu. Bila turn Ryan nak masuk kindy, sekali cikgu cakap yang Ryan tak perlu datang hari tu co kindy buat orientation for umur 4-5 sahaja and sesi Ryan bermula semalam. I pun tanyalah the teachers I tak dapat pun info ni, jawapan cikgu senang and rasa macam nak kena lempang..."ohh, kita tak sempat nak bagi surat, just bagiotahu verbal aje pada budak-budak" hoiiiii, bebudak tu bukanlah Darjah 6, tapi berumur 6 tahun mana depa nak ingat semua tu. Grrrr, geram pulak rasanya

16 comments:

  1. hahahhaaa mmg jauh standard pelajaran n guru2 tadika n perlaksanaan kt sini berbanding kt negara luar kak..tp xpe, semua boleh improve lg..hehheeee good job ryan..steady je, x nangis x apa..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, perlahan-lahan la nak bagi mereka ni adapt sistem pembelajaran di sekolah kat sini, Insyallah

      Delete
  2. Danish masuk sekolah mana gina? Seri suria ke?

    ReplyDelete
  3. sekolah di sini ...
    mencabar minda dan fizikal ....

    ibubapa pun stresssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, kesian tgk anak-anak kecil yang dah dibebankan dengan homework dan buku-buku sekolah yang banyak, hopefully keadaan akan berubah lah

      Delete
  4. x perlu you nk salahkah teacher anak you mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu tu sepaptutnya beritahulah pada parents yang pick up anak-anak bukannya bagitahu student yang berumur 6 tahun. At least pun tulis nota, usi the Communication book untuk bagitahu parents. Itu okay lagi I tak kerja so boleh bawa dia balik, for those parents yang kerja tu mcmana?

      Delete
  5. Salam. Wow terkejut tengok menu kantin. Siap ada mandy chicken/lamb lagi tu.. Err boleh tau tak sekolah mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmenag terkejut, mcm-mcm ada sampaikan dah mcm food court aje rasanya

      Delete
  6. x perlu u banding sistem education di malaysia n ausie

    ReplyDelete
  7. salam gina ...
    macam tu lah gina kebanyakan sekolah di msia ni. cikgu selalu ambil mudah semua perkara... gina tk de plan nk stay semula di Adelaide ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lin
      Betul Lin, sangat-sangat mencabar nak anak-anak nak menyesuaikan diri dengan keadaan disini, tapi nak buat mcmana kan, suami kena berkhidmat disini balik.

      Delete
  8. salam gina ...
    macam tu lah gina kebanyakan sekolah di msia ni. cikgu selalu ambil mudah semua perkara... gina tk de plan nk stay semula di Adelaide ke ?

    ReplyDelete
  9. salam gina ...
    macam tu lah gina kebanyakan sekolah di msia ni. cikgu selalu ambil mudah semua perkara... gina tk de plan nk stay semula di Adelaide ke ?

    ReplyDelete
  10. salam gina.. macam tu la gaya sekolah kat msia ni gina, kebanyakan guru suka ambil mudah setiap perkara... gina tak de plan nak stay di Adelaide ke ?

    ReplyDelete