Nuffnang Ad

Wednesday 1 January 2014

Tahun 2014...

Sedar tak sedap, kita dah pun memasuki tahun baru 2014, terasa sangat cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Banyak benda yang I dan sekeluarga hadapi di tahun 2013, harapan kami sekeluarga agar tahun 2014 menjanjikan satu tahun yang penuh dengan segala keberkatan serta rahmat yang berpanjangan buat kami sekeluarga.

Tahun 2013 adalah tahun terakhir kami berada di Adelaide, meninggalkan segala kenangan manis yang sangat tidak ternilai buat kami sekeluarga dimana 3 1/2 tahun berada di negara orang banyak mematangkan kami sekeluarga dari pelbagai aspek terutamanya kekeluargaan. Kami belajar banyak benda sepanjang duduk disana, menghargaikan kawan-kawan yang dianggap macam saudara sendiri serta mempelajar cara hidup yang jauh lebih baik dari di Malaysia.

Apa azam untuk tahun 2014? Rasanya tahun ini tak ada azam tertentu yang hendak dicapai, azam tahun-tahun sebelumnya pun banyak yang belum tertunai so tahun ini tiada azam , just nak positifkan minda dan juga diri dari sebarang anasir-anasir yang negative.

Tahun 2013 juga I telahpun membuat satu keputusan yang paling bermakna di dalam hidup ini...meletakkan jawatan pensyarah di Universiti Selangor, yang I telah berkhidmat selama 3 tahun, then sambung semula bekerja setelah bercuti tanpa gaji selama 3 1/2 tahun. So tahun ini, I akan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, menguruskan hal anak-anak serta keluarga. Banyak benda yang perlu diuruskan terutamanya hal sekolah Danish dan Ryan dimana mereka tahun ini buat kali pertama akan memulakan sesi pembelajaran mereka di Malaysia. Harapan I agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan segala buku teks, sistem pembelajaran yang sangat berlainan dari di Adelaide dan beberap perkara yang lain. Sebab tu antara sebab utama I meletakkan jawatan agar tak nak ada beberapa pihak yang bising bila I kena ambil cuti untuk menguruskan hal anak-anak. Biarlah I yang tanggung sendiri, tak mahu menyusahkan orang lain.

Selamat menyambut tahun 2014 buat semua pembaca blog Sweet Like Candy sekelian, terima kasih diatas segala komen-komen serta feedback yang diberikan. Kepada mereka yang memesan beberapa barang dari saya tu, Insyallah kotak I akan dibuka tak lama lagi and I akan contact anda yer. Dan yang paling utama sekali, I akan memberikan juga set Corelle yang I janjikan kepada 4 orang pemenang yang ke 1,000,000 itu. 

Akhir kata dari I sekeluarga, Selamat Menyambut tahun 2014 dengan penuh keberkatan, sekiranya anda ada membuat azam, lakukan sebaik yang mungkin untuk memenuhi azam-azam itu, sentiasa berfikiran positif serta lakukan apa juga yang terbaik.

4 comments:

  1. Selamat Tahun Baru 2014 Gina.

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru untuk kak Gie and family.Saya dah lama baca blog kak Gie dan pengalaman tinggal di Adelaide.Byk info yg dikutip dari pembacaan disini.Kak Gie dah balik saya pulak baru nak kesana tapi diBrisbane.Salam perkenalan Kak Gie : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru buat Tengku Damia juga. Salam perkenalan juga. Tak pastilah sama tak segala infor yang dikongsi dari Adelaide ni dengan di Brisbane. Apapaun, enjoylah sementara masih berada di negara orang, nanti bila dah balik Malaysia rinbdu semua-semua tu

      Delete