Nuffnang Ad

Tuesday 29 April 2014

Happy 40th Anniversary !!

 Dah lama tak celebrate any special occasions bersama keluarga tercinta, maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan juga keluarga sendiri. So bila nak berkumpul tu kena buat appoinment awal-awal sikit. Yang terbaru kita berkumpul anak beranak semua masa sambut anniversary Ayah dan Ibu yang ke 40 tahun di Seri Pacific Hotel, KL. Plan asalnya nak sambut di Atmosphere, KL Tower tapi tempat tu dah fully booked so kesinilah tempat we all berhigh tea.


Cake pun tak beli yang besar, nanti tak habis so dapat complimentary cake from the bakery.

 Happy 40th Anniversary to Ayah dan Ibu !!!!

As always la, cucu-cucu la sibuk nak tiup lilin apa bagai

Lagi-lagi si kerinting ni hah, dia pun sama sibuk nak tolong potongkan kek tu.

Makanan memang banyak, ada pelbagai jenis makanan, dari nasi, mee, kuih muih, cakes serta macam-macam lagilah sampai rambang mata nak memilih yang mana satu yang berkenan di mata...tapi rasanya semuanya berkenan kut.

Sementara menunggu kereta, sempat lagi tu Kak Jah buat posing maut di lobby

Kononnya berpuasa selama sebulan tak pergi ke KLCC tapi lepas aje majlis makan sempena Anniversary Ayah ajak semua jalan-jalan ke KLCC pulak, so nak tak nak terpaksalah melawat juga kawasan yang dah lama ditinggalkan ini.
Hmm kalau dengan Daddy Jack, haruslah melawat kedai-kedia sukan dulu sambil nak cuci mata katanya nak tengok jersey bola sempena World Cup nanti.

Dari bapa sampailah ke anak memang tak boleh nak lari dari barangan sukan. Dah tahu dah ada boot Messi yang baru keluar memang mencari setiap sudut kedai sukan di KLCC, akhirnya jumpa di Parkson. Haishh, yang ada banyak kat rumah tu tak tahu mana nak letak.


2 comments: