Nuffnang Ad

Saturday 15 August 2015

Iftar di Rooftop

Masih terhegeh-hegeh nak update psl Iftar walaupun Syawal dah berakhir minggu ini. Selalu beriftar di dalam dewan atau coffee house, tapi Ramadhan kali ini nak cuba beriftar di outdoor pulak.

Arah menuju ke KLCC, mujurlah jalan pun tak jam sangat walaupun hari bekerja, mungkin sebab ada yang balik awal kan untuk berbuka so jalan pun smooth aje.

Lokasi berbuka kali ini di rooftop Avenue K, anjuran Restoran Skrin yang ada di UK Boulevard. Sampai orang mcm belum ramai lagi, so menjenguk-jenguk la kejap di gerai-gerai makanan yang disediakan.

Makanan memang banyak, ada nasi 2 jenis, dessert section, mee and kuay teow goreng serta pelbagai makanan lagi lah.

Mee and Kuay Teow Goreng dibuat atas permintaan kepada yang nak makan.

 Cantik KLCC and Maxis Tower di malam hari

Kambing golek pun ada juga, rasanya of buffet Ramadhan di luar yang harganya dalam lingkungan RM50 keatas, sure akan ada kambing golek, cumanya antara sedap, atau tidak aje.

8 comments:

  1. Replies
    1. Norma
      Memang menarik, first time tahu tempat ni

      Delete
  2. Replies
    1. memang happening, tambah dapat tengok view yang cantik esp KLCC

      Delete
  3. Tak pernah pergi lagi Rooftop even selalu je ke KLCC. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inani
      Ni pun first time pergi sini, entah macamana terbaca review dalam paper

      Delete
  4. kambing golek memang favourite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue
      Ye, itu la yang menjadi pilihan ramai orang kan, beratur punyalah panjang

      Delete