Nuffnang Ad

Monday 24 August 2015

Ikea oh Ikea

Inilah aktiviti kami anak beranak bila hujung minggu..kalau tak ke KLCC, IKEA la tempat kami macam dah tak ada tempat lain dah nak pergi berjalan. Semenjak balik Malaysia tahun 2014, entah berapa kali dah jenguk muka ke IKEA ni, sampaikan satu masa tak tahu nak beli apa dah.

Itulah sebabnya adalah nak menghias rumah, tak cukup untuk hall, bilik takpun dapur. Beli sikit-sikit aje, taklah beli sampai penuh lori, kan.

Di IKEA ni semua nampak cantik, even tangga pun rasa bestnya ida ada tangga macam di IKEA, giler parah dah ni.

Sebelum masuk showroom, kita isi perut dulu bagi kenyang. Kang dah kenyang, baru boleh nak belek-belek apa yang nak dibeli, ikut list ataupun di luar dari apa yang dirancang untuk dibeli.

Tak pernah tak penuh cafe di IKEA ni, beratur panjang but still masih nak juga beratur membeli meatballs tu. Pastu mencari tempat duduk pun ada satu lagi azabnya tapi nak buat mcmana kan, demi IKEA semuanya sanggup berkorban.

Staple foods kalau ke IKEA kan, meatballs tu memang satu kemestiaan la kan.

Kita pun bergabung tenaga anak beranak mencari barang yang diperlukan. As usual, Daddy yang memilih while I menjaga anak-anak takut hilang dari mata. Ini pun menghitung hari bila katalgog IKEA yang baru nak sampai lagi, kalau tak silap dalam bulan depan sampai la tu...hehehehhehe. IKEA lagilah kita jawabnya.



8 comments:

  1. Saya pun dari dulu minat brg ikea tp baru ni dpt pergi dah rasa sawan semua pun nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kan, kalau tak ada benda nak beli dapat beli senduk pun jadilah

      Delete
  2. SA pun suka pi ikea...suka tgok brg2 yg cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, mmg cantik-cantik semua sampai juling mata

      Delete
  3. shopping tak sempena sale ni kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la sikit-sikit tak boleh nak beli sampai banyak, duit tak ada...huhuhuhuh

      Delete
  4. Replies
    1. tak jugak selalu, kalau ada yang nak membeli aje baru pergi

      Delete