Puasa dah hampir ke penghujungnya. Entah kenapa tahun ni rasa agak malas sikit nak ke dapur. Mungkin sebab tiada bibik yang nak menolong memasak so semua kerja harus dilakukan sendiri.
Tahun ni entah berapa kali ke Bazar Ramadhan, ada yang kirim dan ada yg pergi sendiri. Jatu hati dengan colek ayam ni, dah empat kali makan tanpa jemu.
Puasa minggu ketiga dah mula main bunga api dan juga pop pop. Ini aje yang rasa selamat untuk the boys main, mercun semua tu mmg tak pernah bagi main.
Kalau ke Bazar Ramadhan, murtabak ni harus dibeli. Rasa tak sama macam murtabak sebelum ini, lain sikit cos tebal and rempah pun rasa lain. Murtabak Pekan Gambang katanya tapi mmg sedap and kalau nak beli beratur panjang.
Mek Klate Colek, sedap la bagi yang baru makan macam I ni, lebih kurang macam makan cucur udang sahaja tapinya ada ayam goreng. Rasanya colek ni lebih kurang mcm rojak pasembur kalau di Penang ataupun Rojak Singapore, yang berbeza cuma kuahnya sahaja.
Kalau berbuka ramai-ramai samada keluarga I ataupun keluarga mertua, makanan memang akan penuh satu meja bila setiap family member akan bawa sorang sikit makanan untuk dikongsi. Tapi lama-lama membukit la makanan, boleh makan sampai sahur terus.
SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDILFITRI
ReplyDeleteSalam Aidilfitri
Delete