Awal-awal Ramadhan lalu, masa cuti sekolah adalah pergi berjalan-jalan sambil nak tengok barang-barang persiapan raya. Ingatkan nak ke shopping mall, tapi Daddy Jack bawa ke Pearl Shopping Mall di Jalan Kuchai Lama cos ada Toys R Us Warehouse sale rupanya.
Berpusu-pusu orang membeli barang, dah macam nak sambut Krismas aje dah. Masing-masing pegang, kepit apa yang nak dibeli tapi tangan satu lagi korek-korek dalam bakul apa sahaja yang minat.
Ingatkan tak ada membeli 2 beradik ni, tahu-tahu diam-diam dah ada habuan masing-masing. Mujurlah harga ada less 50%, taklah cekik darah sangat. Harga masih mampu milik.
Petang sikit, dalam pukul 530pm keluar balik. Kali ni menuju ke KLCC untuk berbuka puasa pulak.
Dah booking tempat berbuka and order makanan. Sementara nak tunggu, masuk Kinokuniya kejap sambil tengok-tengok latest books. Danish seperti biasalah kan, ke section sukan tengok buku-buku beberapa pemain bola.
Kita berbuka di Madam Kwans ajelah. Itupun ramai sangat orang yang menunggu cos they all tak buat reservation awal.
Lepas makan, kenalah ada dessert kan. Seperti biasa, Banana Fritters la menjadi pilihan.
Tak habis-habis lagi sessi berjalan ke kedai LEGO, kali ni untuk anak-anak pulak cos banyak dah habis dibuat and dah display dalam almari.
Gadget raya, senang nak bersihkan rumah
Tak cukup untuk anak, bapak pulak mencari koleksi LEGOnya juga, janji bukan duit I, guna duit sendiri. Lebih baik duit I tu digunakan untuk benda lain, elok juga.
No comments:
Post a Comment