Salam Aidilfitri semua, maaf lambat update kisah raya, nak raya puas-puas sebab kali ni turn beraya di Kuantan. We all balik Isnin, 2 hari sebelum raya cos nak menolong Ibu mengemas rumah semua. Alhamdulillah, jalan pun taklah jem sangat, just nice sampai Kuantan sebelum berbuka. Juadah pagi raya kali ini simple ajelah, nasi impit, rendang ayam dan kuah lodeh.
Tema Aidilfitri kali ini adalah coklat, tak menyangka sama pula dengan warna sofa Ibu di Kuantan ni.
Touch up sikit muka untuk aktiviti beraya di pagi Raya. Selalunya akan ikut Ayah beraya di Istana Tengku Mahkota dulu di Bukit Istana.
Dah menjelang tengahari berkunjung pula ke rumah MB, tapi tak sempat nak jumpa cos MB masih berada di Istana, so kita makan dululah. Nampak ada bermacam-macam makanan disediakan.
Kita makan roti jala dengan kari ayam serta murtabak ajelah. Pukul 2, Ayah ajak orang datang beraya, katering sediakan nasi beriani dan berbagai makanan lain so simpan la perut sikit, kan.
Ramai tetamu yang datang ke rumah terbuka Ayah ni, berbilang kaum datang merayakan Aidilfitri bersama kami. Pukul 5 pun masih ramai lagi yang datang.
Nasi beriani dan ayam masak merah memang sedap ya ampun. Laksa Pahang pun sedap sangat-sangat. Tersandar kekenyangan la semua.
Tahun ni semua adin beradik dapat berkumpul kecuali Kak Nyah yang tiba-tiba ada contraction beberapa hari sebelum raya so kena tahan ward di KL. Meriah jugaklah raya tahun ni dapat semua sekali berkumpul.
Raya kedua adalah sesi mengemas semua peralatan open house. Sesi membasuh semua periuk belanga, pinggan mangkuk yang digunakan. Mujur cuaca panas terik so cepatlah kering.
Kuah lodeh yang mendapat taraf 5 bintang dari Daddy Jack kali ini, kalau suruh buat balik entah ingat atau tak apa yang I masukkan dalam ni.
Petang tu kita pi beraya lagi di rumah makcik-makcik yang ada di sekitar Kuantan ni. Mujur ada bawak baju spare yang lain untuk berkunjung rumah sedara.
Di rumah adik Ayah, Achik kami dihidangkan makanan yang ringkas tapi menyelerakan, nasi putih dan sambal sardin. Masa ni tak pandang dah rendang ketupat semua sebab memang mencari nasi aje sebab jemu dah makan benda yang sama dari raya pertama lagi. Terima kasih Achik !!!
Tahun ni raya memang meriah cos dapat beraya dengan semua sedara mara di Kuantan. Kebetulan pula semua sekali sepupu dan adik beradik Ayah keluar berkunjung bersama-sama, sama macam we all kecik-kecik dulu masa arwah Tok ada lagi. Macam Daddy Jack cakap, ini baru betul beraya !!!
Malam raya kedua dah tak lalu dah nak hadap juadah raya so kita makan Kenny Rogers pulak la, dah letih nak pikir makanan ini ajelah yang termampu sambil-sambil tu bolehlah kembali berdiet seperti biasa.
Raya ketiga kembali ke KL semula, mujurlah tak jem sangat, walaupun banyak kereta di jalan raya tetapi masih terkawal lagi. Balik awal dapat jugaklah mengemas rumah and berehat sebelum sesi sekolah dibuka semua.
Pelbagai jenis mangga yang diberikan masa berkunjung ke rumah terbuka, tuan rumah yang bagi tak tahu nak buat apa, sambal atau makan colek ajelah kut.
boleh tahan banyak kete jugak ye raya ketiiga tu. nasib lah tak jem melekat. salam lebaran <3
ReplyDeleteSalam Lebaran Mummy Cici
DeleteSemoga meriah raya Puan kali ini, ya
meriahnya raya Gina...selamat hari raya..maaf zahir batin
ReplyDeleteSebab tu agaknya setahun sekali aje raya, kan Amanda kalau setiap bulan memang parah la jawabnya. Salam Aidilfitri buat Amanda sekeluarga ya
DeleteSINGGAH SYAWAL
ReplyDeletehttp://belogs.blogspot.my/2016/07/pengikut-besar.html
Selamat Hari Raya ...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Amy sekeluarga juga. Maaf zahir dan batin
DeleteSelamat Hari Raya.
ReplyDeleteTengok mangga tu.. sedapnya. Huhu.
Selamat Hari Raya Faarihin, semoga kita memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini ya. Tak sempat pun makan mangga tu, tahu-tahu dah busuk, mungkin sebab berpanas dalam kereta
Delete