Nuffnang Ad

Monday 4 July 2016

Kisah sahur dan berbuka

 Macam ni la tetiap kali nak bangun sahur, punyalah payah nak kejutkan si kerinting ni. Alhamdulillah, tahun ni puasa hampir nak penuh tanpa sebarang drama dan juga airmata suruh puasa. Selalunya bangun sahur jarang makan nasi, dapat makan cereal pun dah cukup dah.

Sementara menunggu waktu berbuka, main LEGO nak hilangkan kebosanan yang melanda tu.

Mana boleh tak pergi NZ even di bulan puasa, sesekali berbuka puasa pun dah seronok dapat makan makanan mamak nih.

Nasi pilihan anak-anak dan roti telur pilihan I la sambil dicicah dengan kari kambing.


I taklah semalas asyik nak berbuka di luar tu, ada juga la masak untuk keluarga and berbuka dirumah. Antara menu wajib ada di atas meja tatkala berbuka puasa adalah sardine roll ni, mmg selalu kena ada untuk Daddy Jack.

Aktiviti membuat bubur lambuk untuk diberikan kepada jiran tetangga adalah aktiviti wajib Ibu. Setiap tahun, Ibu akan cari daun pucuk paku merah dari Kuantan, then masak bubuk then pass pada jiran sekeliling.

Kadang-kadang tu, sementara tunggu berbuka dan dah settle masak, we all keluar la kejap berjalan-jalan atau buat apa-apa yang patut. Taklah terperuk duduk dalam rumah aje, bosan kut.

Popiah Zaiton adalah paling legend di Bazar Melawati selain kuih tepung pelita dan juga tauhu anora. Antara favorite yang selalu dibeli kalau ke Bazar Melawati sejak dari zaman sekolah lagi. Beratur punyalah panjang tapi memang berbaloi.

2 comments:

  1. Nampak tak laratnya nak bangun tu. =)

    Popia tu mesti harga dia pun berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu gaya eksyen aje lebih tu, saja propa. Padahal seronok aje makan cornflakes 2 mangkuk masa ni. Popia tu memang sedap, makan 2 pun dah kenyang dah.

      Delete