Nuffnang Ad

Tuesday 3 October 2017

UPSR Day 03

Hari ketiga of UPSR adalah hari yang mendebarkan. Paper Matematik 1 dan 2. Dah berbulan-bulan membuat latihan, so inilah harinya yang ditunggu-tunggu. 

Puan Pengetua memberikan kata-kata semangat buat para pelajar supaya tidak gopoh dan juga kelam kabut semasa menjawab kertas soalan. Guru subjek juga turut memberikan tips terakhir buat semua pelajar. Bila kaki melangkah masuk ke dewan, semua parents turun bawah ke musolla untuk bersolat hajat dan juga bacaan yasin.

Hari Rabu ini juga pelajar Tahun 3 terlibat dengan trip lawatan ke Putrajaya, selepas settlekan Danish, bergegas pula settlekan Ryan di bahagian belakang sekolah. So far, nampak happy ajelah nak pergi berjalan, siap bawak bantal kepala lagi, macamlah lama sangat dalam bas tu.

Selesai Kertas Maths 1, meluru ke Danish tanya mcmana semuanya..seperti biasa jawapannya, hmm bolehlah. Tapi tak nak pressure, bagi makan breakfast dulu.

 Makan dengan tenang dan kasi rileks dulu

Daddy Jack tetap memberikan kata-kata peransang buat anaknya. Tenangkan hati, buat sehabis baik dan juga ingat semua formula yang dah dipelajari selama ini.

I tunggu sampai habis Paper 2, tepat habis masa...I tengok dah ada budak yang nangis. Alamak..selama 2 hari berkampung di sekolah inilah harinya baru nampak ada budak nangis, rasa dah tak berapa nak sedap dah ni. Tengok muka candidate yang turun mcm biasa aje, so bila nampak Danish terus terkam dia tanya..."susah, My...mmg susah". Allahu ðŸ˜¢ðŸ˜¢


So, bagi Danish makan dulu, so I tak tunggu dia makan, duduk jauh sikit. Tapi ternampaklah juga seorang pelajar harapan sekolah ni jumpa mak dia pun start nangis dah, ada tu dengar tak sempat nak buatlah, tak dapat habiskan la dan macam-macam lagi. Jumpa cikgu Danish pun cikgu cakap, kat dewan pun masa keluar, ramai bebudak yang nangis dah tak boleh nak buat. Kesiannya la hai, hopefully markah pun taklah seteruk tahun lepas, makin pressure anak-anak, malahan mak ayah juga.


1 comment: