Nuffnang Ad

Showing posts with label famous people. Show all posts
Showing posts with label famous people. Show all posts

Thursday, 6 October 2016

JDT hard fans

Dah jumpa Farizal di rumahnya, esoknya pulak jumpa pula di training ground, di Sri Gelam depan Thistle Hotel pagi tu untuk tengok the team training. Nampak la beberapa familiar faces, tapi  jauh sangat nak menegur.

Petang sebelum they all bertolak ke KL, sempat jugalah wife Farizal msg tunggu di Thistle Hotel if the boys nak jumpa semua players JDT.

Janganlah tanya I siapa nama players ni semua, hanya depa aje yang kenal, posisi mana depa main. I cuma mengikut sana sini mengusung phone ambik gambar sahaja.


Bas pemain yang akan membawa semua sekali ke KL, nampak eksklusif sungguh

Tetiba nampak mamat ni turun dari bas, berlari masing-masing nak mintak signature.

Bersama Safee Sali

Seseorang yang sangat famous juga ni

Safiq Rahim bersama peminat setia bola sepak, tak kiralah luar atau dalam negara

Berjumpa lagi dengan Farizal disini. Di bawah ni beberapa pemain lain yang tidak I kenali.










Dah settle semuanya, kami pun menghantar semua pemain naik bas dan mengucapkan selamat jalan 

3 hari 2 malam we all berada di JB, so esoknya pagi-pagi dah bangun nak check out then balik KL terus.

Sebelum bertolak balik, singgah pulak Stadium Larkin nak tengok kedai merchandisenya dulu.

Sempat lagi nak berposing kat sini, kan

Kedai official yang terletak di bahagian belakang stadium, Boys of Straits. Cantik-cantuk juga merchandise esp tshirt.

Dah settle membeli, masing-masing tersenyum lebar dengan baju-baju dan pelbagai barangan lagi.

Dalam pukul 11 we all bertolak balik ke KL, jalan pun masih lengang lagi belum banyak kereta.

Alhamdulillah, sebelum gelap dah sampai KL, cuaca pun makin panas dan terik.

Okay, so now semua baju-baju yang penug dengan signature akan dimasukkan dalam frame Ribba from IKEA dan akan disimpan, tak boleh nak gantung lagi sebab nak kena tggu orang datang grill dulu.

Berjumpa dengan pujaan

Baru perasan entry ni terperam lama dalam inbox, mujur tak berbau basi. Kisah Danish berjumpa dengan pemain bola pujaannya di JB. So pagi-pagi tu, we all breakfast dululah sebelum bertolak ke JB, makan mamak itu adalah wajib.

Perjalanan pagi yang nyaman, tanpa kesesakan lalu lintas di samping cuaca yang agak mendung, so tak berapa terik matahari memancar. Sepanjang perjalanan, ngup ngap tak henti-henti dengan snack yang di beli di petrol station.

Sampai JB, we all menyinggah makan pisang goreng cicah kicap dululah, buat lapik perut sebelum check in hotel.

Dah pukul 2pm, barulah settle urusan check in hotel. Alhamdulillah, bilik sangat superb, siap ada jacuzzi lagi. Kalau penat-penat, bolehlah merehatkan diri.

Bed tester...superb sangat-sangat

Malam sebelum pergi berjumpa dengan pemain bola tu, singgah dulu Al Ikhsan Bandar Baru Uda yang besar tu, nak belikan souvenir dulu. Takkan nak jumpa dengan tangan kosong, kan.

I kenal his wife, masa sama-sama join kelas baking dulu. Masa kenal her husband masih dalam proses bertukat ke JDT. Now dah dengan team JDT so jumpa di rumahnya ajelah di JB.

Terima kasihlah Farizal Marlias sudi melayan kehadiran kami sekeluarga, tapi waktu ni isterinya masih dalam pantang so tak bolehlah nak keluar berjalan-jalan tu yang dijemput datang rumah sahaja tu.

Seronok la Danish dapat berjumpa dengan pemain team kegemaran dia.
Bahagia muka masing-masing, walaupun penat Farizal masih sudi menerima we all berkunjung ke rumahnya. Esoknya siap ajak pergi jumpa semua pemain JDT lagi sebelum they all berangkat main di KL, kalau tak silap.