Baru perasan entry ni terperam lama dalam inbox, mujur tak berbau basi. Kisah Danish berjumpa dengan pemain bola pujaannya di JB. So pagi-pagi tu, we all breakfast dululah sebelum bertolak ke JB, makan mamak itu adalah wajib.
Perjalanan pagi yang nyaman, tanpa kesesakan lalu lintas di samping cuaca yang agak mendung, so tak berapa terik matahari memancar. Sepanjang perjalanan, ngup ngap tak henti-henti dengan snack yang di beli di petrol station.
Sampai JB, we all menyinggah makan pisang goreng cicah kicap dululah, buat lapik perut sebelum check in hotel.
Dah pukul 2pm, barulah settle urusan check in hotel. Alhamdulillah, bilik sangat superb, siap ada jacuzzi lagi. Kalau penat-penat, bolehlah merehatkan diri.
Bed tester...superb sangat-sangat
Malam sebelum pergi berjumpa dengan pemain bola tu, singgah dulu Al Ikhsan Bandar Baru Uda yang besar tu, nak belikan souvenir dulu. Takkan nak jumpa dengan tangan kosong, kan.
I kenal his wife, masa sama-sama join kelas baking dulu. Masa kenal her husband masih dalam proses bertukat ke JDT. Now dah dengan team JDT so jumpa di rumahnya ajelah di JB.
Terima kasihlah Farizal Marlias sudi melayan kehadiran kami sekeluarga, tapi waktu ni isterinya masih dalam pantang so tak bolehlah nak keluar berjalan-jalan tu yang dijemput datang rumah sahaja tu.
Seronok la Danish dapat berjumpa dengan pemain team kegemaran dia.
Bahagia muka masing-masing, walaupun penat Farizal masih sudi menerima we all berkunjung ke rumahnya. Esoknya siap ajak pergi jumpa semua pemain JDT lagi sebelum they all berangkat main di KL, kalau tak silap.
No comments:
Post a Comment