Nuffnang Ad

Tuesday, 25 October 2016

After post winning party

Petang Sabtu lepas, all the family of U11 buat birthday celebration for Ryan di Taman TAR. Kebetulan pulak sama birthday dia dengan best friend Aidan, cuma selang beberapa hari aje. Dah alang-alang tu beli terus 2 biji cake.

The boys yang lain berendam dalam swimming pool dari mula sampai, dah nak balik pun masih bermain dalam pool. Berhenti kejap makan, main bola kejap, then sambung balik.

Kita mak-mak dan ayah-ayah duduk tepi kolam sambil bersembang dan makan. Sesambil tu mata peratikan ajelah anak-anak yang tengah berseronok mandi swimming pool, takut ada pulak kejadian yang tidak diduga.

Dah maghrib, semua naik ke rumah. Masing-masing dah kelaparan dah so makan la lebihan makanan tadi. Memang banyak makanan yang dibawa sampai kena bawa balik lagi.

Hari Ahad, bersambung pula di padang bola. Kali ni Ryan aje yang ada training, Danish tidur di rumah letih seharian semalam. Lagipun Isnin dah nak mula exam akhir tahun so nak kasi rehat cukup-cukup.


 Dah lama tak breakfast di NZ, so minggu ni kita bersarapan ala mamak la. 

Daddy Jack dah buat onar, beli LEGO ni masa ada sale di Toys R Us, bukan satu tapi 2 kotak sekaligus. Dahlah bebudak ni tengah nak study untuk exam, dia pi panggil suruh bukak hadiah. 30 minit aje dah belek-belek kotak dah, nak suruh sambung belajar memang jenuh la.

No comments:

Post a Comment